Saturday, February 23, 2013



Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat semalam, tetap dengan pendiriannya menyamakan penerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) setaraf haiwan.

Malah Menteri Besar Kelantan itu menyalahkan UMNO, dengan menyifatkan kaedah pemberian bantuan berkenaan juga sudah meletakkan rakyat Kelantan setaraf dengan haiwan.

"UMNO sekarang guna duit melalui BR1M 1 dan BR1M 2 (untuk mendapat sokongan). Ini seperti kita hendak panggil ayam, panggil itik; hei itik, mari aku nak beri ceramah ugama, mana itik hendak mari. Tapi kena beri hampas nyor, beri padi, baru dia mari, mesti beri benda.

"Begitu juga pada lembu dan kerbau, haiwan ini tidak mari kecuali beri rumput, beri hampas nyor kepada dia, baru mari. Kalau kita panggil orang, beri benda juga, tidak beri ilmu bererti kita meletakkan manusia ini setaraf haiwan," katanya kepada pemberita selepas majlis bersama warga Yayasan Islam Kelantan (YIK), di sini, semalam.

Nik Aziz Rabu lalu sekembali dari menunaikan umrah, menyamakan usaha murni Kerajaan Pusat dalam membantu meringankan beban rakyat miskin melalui pemberian BR1M itu, seperti ayam dan lembu, akan datang sekiranya manusia memberikan haiwan itu dengan makanan.

Beliau turut menyifatkan pemberian wang berkenaan adalah salah di sisi Islam kerana ajaran Islam yang sebenarnya ialah memberikan ilmu kepada manusia.

Ditanya sama ada penerima BR1M itu bersalah kerana menerima duit bantuan itu, beliau menegaskan, mereka yang diberikan wang berkenaan, perlu mengambilnya, namun apabila hendak memangkah parti dalam pilihan raya umum nanti, harus memangkah PAS.

"Saya kata, bila diberi duit, harus terima; beri kain pakai; beri gula kacau; beri lembu ambil, tapi beri kertas undi pangkah PAS. Duit itu hak mereka kerana ia duit kerajaan bukan UMNO. Sepatutnya saya boleh beri duit itu. Sebagai ketua kerajaan Kelantan, BR1M kena beri pada saya, saya akan beri kepada rakyat," katanya.

Sama ada beliau merasakan penerima bantuan berkenaan dijadikan seperti ayam dan itik, Nik Aziz berkata, sebenarnya UMNO yang meletakkan rakyat Kelantan ini macam setaraf haiwan itu.

"Ayam beri barang, kambing biri-biri beri barang, rakyat Kelantan juga diberi barang. Itu salah UMNO meletakkan manusia dan haiwan serupa, sama-sama diberi barang. Sepatutnya manusia diberikan ilmu," katanya.

Katanya, beliau tidak kisah apa yang hendak dikatakan akhbar dalam isu ini, namun menyifatkan wartawan itu berdosa sekiranya mengubah ucapannya.

11 comments:

Anonymous said...

Balik Umrah pun asyik kata kat org.Hati kering!!

ax bx said...

There are so many work at home based business opportunities available,but one of the best CashbackBooking http://t.co/OIsiSmBdvk

Anonymous said...

Maksud TGNA... orang yang memberi BRIM itu seolah-oleh sama seperti penternak yang membawa habuan berupa makanan untuk ternakan supaya mahu datang kepadanya. Cuba kalau tak ada BRIM... kamu percayakah orang-orang miskin ini nak datang dan buang masa seharian suntuk dengar celoteh yang berulang-ulang mengenai perkara yang sama!!! Asyik sebut ekonomi Malaysia naik, kerajaan berhemah dan pandai mengurus kewangan negara dan bermacam-macam lagi cerita auta semata-mata nak kan undi. Kita rakyat bukan semuanya bodoh nak mempercayai bulat-bulat perkara tersebut. Tak usah tanya yang lain, kalau betul kerajaan BN pandai mengurus kewangan negara... mengapa BELANJAWAN NEGARA untuk 13 tahun berturut-turut mengalami difisit dan jumlah hutang semakin meningkat sehingga lebih 500 bilion @ lebih 53% KDNK???

Anonymous said...

Anon 12:29
Rakyat bukan bodoh macam pecacai pr, bukan semua melayu sanggup menjadi pengkhinat, kalau setakat dok baca harakah, tak payah nak komen ala syok sendiri... rakyat bukan bodoh macam anjing dap.

robertocarlos said...

Apa yg TG Nik Aziz kata adalah kiasan.. Ibarat penternak mmberi ternakan makan, bila sampai masanya ternakan itu akan dikorbankan. macam itu jugalah, bila dah terdesak, mcm2 bantuan dan pemberian one-off diberikan wlaupun tiada dlm perbelanjaan budjet negara.
Kmudian bila rakyat dah asyik dan terlalu berterima kash, sehingga kerajaan kenakan cukai GST, naikkan bil api, dan air senyap2 pun rakyat tak ambil peduli. Dgn kenaikan harga barang BRIM RM1000 pun kelihatan begitu kecil. Dalam asa yg sama kehiangan duit negara RM50 bilion akibat penyelewengan masih belum disiasat. Hutang negara sekarang USD$500 bilion tak mungkin terlangsai dalam masa seabad.

robertocarlos said...

Dalam mmbodek kerajaan jgn kita lupa satu masa nnti kita akan berkahwin, bekeluarga, ada isteri dan anak.. tanggungan ketika itu teramat tinggi dan subsidi kerajaan tak pernah mencukupi. Masa tu la nak beli kereta, rumah. kalau gaji setakat RM3000, kereta dan rumah apa yg kita mampu beli? kalau bulanan kereta RM600 dan rumah RM900, baki RM1500 utk duit minyak, bil2 utility, yuran pengasuh, maintenan kereta, makan pakai.. tiada simpanan yg kita boleh buat. Menjelang 2015 gaji RM5000 dianggap rendah jika duduk di KL atau JB. BRIM RM500 ibarat celah gigi je. Kerajaan perlu fikir kualiti wang pada masa hadapan berbanding kuantiti wang. Takkan nak beli brg kat Kedai 1 malaysia yg tiada kualiti utk makan anak beranak? berapa lama boleh bertahan?

Anonymous said...

Janji pr pon beri barang jugok..takdok beri ilmu..boh lah wei..

Anonymous said...

Memang betul kata-kata Tun Mahathir... hanya orang-orang yang bodoh sahaja yang masih tinggal dalam UMNO. Maksud tersirat dari ucapan TGNA yang senang itupun tak boleh difahami. Konon bangga dengan pencapaian BN selama 55 tahun memerintah negara.... rupa-rupanya hutang dah keliling pinggang. Pui!!! sikitpun aku tak termakan dengan pembohongan kau orang!!!. Tahun 2019... kalau BN masih memerintah, maka benarlah ramalan Dato Idris Jala bahawa Malaysia akan bangkrap.

Anonymous said...

PENCACAI UMNO BODOH MACAM LEMBU , KAH..H.KAH

Anonymous said...

Pendek kata 'umpan' la....ini la yg dinamakan kiasan atau menganalogikan sesuatu kpd sesuatu...takkan la itu pun tak tau kot...cuma umpan ni ada yg kena dan ada yg tak kena. Rkyat sekarang makin bijak jadi ramai yg takkan terkena...umpan ikan makan tapi pancing tak sangkut...yg tak sangkut boleh hidup freedom kat laut. Yg sangkut kena goreng dlm kuali....
lagik pun duit Brim tu pun duit rakyat punye titik peluh, bukan poket dia sendiri. Klu betul dari poket dia, sumpah aku pulang balik. Klu duit tu gomen berhutang pun, tetap rakyat yg kena bayar balik dari cukai cuma lagik teruk sbb ada plus bunga2 matahari....chewah nyanyi...

zulfahmi zainal ariffin said...

aku dulu ikut tokwan aku pi markas pas,bukan mcm skg ni,skg ni dok pedajai fitnah mcm2.bukan pasal politik pun.pasal dok cerita aib org.besala hari2 dok dgq ceramah politik dari dgq ceramah agama.kann..

Post a Comment

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.