#kekalnajib

Saturday, February 2, 2013

HOT : NIK AZIZ PATUT KETEPIKAN KEPUTUSAN MAJLIS SYURA - KARPAL



Pas sepatutnya mempertimbangkan keputusan yang dibuat oleh Pakatan Rakyat (PR) mengenai kalimah ALLAH dan bukan oleh Majlis Syura Ulama Pas.

Pengerusi DAP, Karpal Singh berkata, PR sudah bersetuju dengan penggunaaan kalimah ALLAH dalam kalangan bukan Islam tetapi hanya Pas yang tidak bersetuju menerusi Majlis Syura.

Beliau berkata, Pas sepatutnya mempertimbangkan keputusan yang dibuat PR dan bukan Majlis Syura.

"PR adalah sebuah organisasi yang besar (dianggotai DAP dan PKR) manakala Majlis Syura hanya terdiri daripada Pas," katanya pada sidang media di Air Itam di sini, hari ini.

Beliau berkata, DAP kesal dengan kenyataan Pas yang mengesahkan bahawa isu penggunaan kalimah ALLAH dalam kalangan bukan Islam sudah selesai.

Menurutnya, kenyataan itu dibuat Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang mengatakan Pas tetap dengan keputusan Majlis Syura yang tidak membenarkan bukan Islam menggunakan kalimah ALLAH.


"Saya kesal dengan kenyataan itu. Isu ini belum selesai dan DAP tetap dengan pendiriannya.

"Kita masih meminta Majlis Syura Pas untuk mempertimbangkan supaya kalimah ALLAH boleh digunakan oleh orang bukan Islam," katanya.

Mengenai kenyataan yang mengatakan isu itu sudah selesai dalam pertemuan dengan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat di rumahnya minggu lalu, Karpal yang juga Ahli Parlimen Bukit Gelugor berkata, itu tidak benar sama sekali.

Ditanya sama ada beliau ada berbincang dengan Nik Aziz mengenai isu itu semasa lawatan ke rumahnya tempoh hari, beliau berkata, ia hanya perjumpaan tidak rasmi dan tiada perbincangan isu serius.

"Semasa perjumpaan itu, saya dan Nik Aziz langsung tidak berbincang isu ini malah tiada perbincangan isu serius. Beliau hanya datang melawat saya sebagai seorang rakan.

"Ia adalah perjumpaan yang tidak formal. Saya tidak tahu bagaimana Hadi dapat maklumat mengenai isu kalimah ALLAH yang dikatakan sudah selesai selepas DAP setuju dengan keputusan Majlis Syura Pas," katanya.

Hadi mengumumkan bahawa isu penggunaan kalimah ALLAH dalam kalangan bukan Islam sudah selesai selepas Karpal akur dengan keputusan Majlis Syura Pas apabila mendapat penerangan lanjut daripada Nik Aziz ketika lawatannya di Pulau Pinang minggu lalu.

6 comments:

  1. Isk isk isk!!!! Hj hadi cuba nak menipu dan memutar belit isu kpd pengikut2 nya? Kpd rakyat malaysia? Kpd orang melayu? Terkutuk sungguh hamba Allah ini.

    ReplyDelete
  2. kalau NIK AZIZ tidak benarkan KALIMAH ALLAH digunakan olih orang bukan islam maka dia[nik aziz]masih lagi layak digelar sebagai MURSYIDUR AM PAS.tetapi jika dia[nik aziz]membenarkan KALIMAH ALLAH digunakan olih orang bukan islam maka dia layak digelar sebagai MURSYIBAT HAM PAS.

    ReplyDelete
  3. PAKATAN RAKYAT MEMAKLIUMKAN BAHAWA KEPUTUSAN MAJLIS PRESIDEN ADALAH MUKTAMAD. PAS DAN KEPUTUSAN MAJLIS SYURA HANYA UNTUK KEGUNAAN AHLI PAS SAHAJA DAN BUKAN UNTUK MAJLIS PRESIDEN PAKATAN RAKYAT. YB HADI AWANG HARUS MENASIHATI NIK AZIZ DAN AKUR KEPADA KEPUTUSAN DAN KEHENDAK PAKATAN RAKYAT DAN MENDENGAR NASIHAT YB KARPAL SING. PAS, DAP DAN PKR NEGERI PULAU PINANG MENYOKONG SEPENUHNYA KENYATAAN YB KARPAL SINGH. HARAP PAS AKAN MEMAHAMI DAN AKAN MEMATUHINYA. HIDUP PAKATAN RAKYAT, HIDUP KARPAL SING, HIDUP ANWAR IBRAHIM DAM YB LIM GUAN ENG.

    ReplyDelete
  4. Kambing sudah mula masuk dalam kain PAS, jaga jaga. H A N C UUUUUUU R.

    ReplyDelete
  5. Nik Ajis oh Nik Ajis.. Sekali karpal singh berdehem ja.. Berterabur serban.. Keh keh keh..

    ZoRRo...

    ReplyDelete

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.


Popular