Thursday, February 28, 2013


Hebat puak-puak pembangkan ni...DS Najib bantuan pada rakyat pun dilebelkan jahat..Menariknya yang buat kerja lebel-melebel ni merupakan sebuah parti yang kononnya memperjuangkan ajaran Islam...Tapi yang panggil orang lain haiwan, firaun dan lebih jahat dari iblis tu Islam ajar ke??Buat malu orang Islam di Malaysia je...

**EP terfikir juga kenapa Bob Lokman kata Kerajaan BN lebih jahat dari Iblis..sedangkan iblis dah cukup jahat..rupa-rupanya Nik Aziz kan pernah berkata :




Pembangkang terutama Pas tidak sudah-sudah menyamakan kerajaan Barisan Nasional (BN) dengan pelbagai gelaran hina yang bertentangan dengan ajaran Islam.

Ia dimulakan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyamakan pemberian Batuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) seperti 'memberi hampas kelapa dan jerami kepada ayam dan lembu', disusuli Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyamakan BR1M dengan apa yang pernah dilakukan oleh Firaun.

Malam tadi, bekas pelawak dan penulis lirik lagu, Mohd. Hakim Lokman, 47, atau Bob Lokman yang kini menjadi aktivis Pas menyifatkan program 'Janji Ditepati' kerajaan Barisan Nasional (BN) ketika ini "lebih jahat daripada iblis".

Bob Lokman turut menyifatkan tindakan kerajaan terutama Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menunaikan segala janji-janji kepada rakyat dalam program itu juga sama seperti perangai iblis .

Bob mengibaratkan program murni itu dengan cerita iblis yang diusir Allah akibat enggan tunduk kepada Nabi Adam lalu meminta supaya diberi peluang melakukan godaan dan hasutan menyesatkan manusia dan janji itu ditepati iblis sehingga kini.

"Di sini saya nak bagi tahu betapa jahatnya Janji Ditepati (program BN) ini. Bila mana iblis tak mahu tunduk kepada Nabi Adam, maka Allah SWT halau dia (iblis) dari syurga. Tapi, boleh dia minta dengan Allah untuk menyesatkan umat manusia yang merupakan anak, cucu, cicit Nabi Adam ini.

"Itu sebablah semenjak hari itu hingga hari ini iblis menggoda dan menyesatkan manusia. Ini menunjukkan dia tepati janji. Jadi apa nak heran kalau tambah lagi seorang buat karnival pulak, lagi jahat dari iblis,'' katanya dalam satu ceramah yang dihadiri kira-kira 40 hadirin di Kampung Pulau Tiga di sini malam tadi.

5 comments:

Anonymous said...

Iblis lebih baik dari b. Lokman....

Anonymous said...

Bull nyer statment bob ustaz celup pas nie

Anonymous said...

Bob lokman..knp mmndang dr sudut yg sempit. Cuba tafsir alQuran tentang kewajipan menunaikan janji yg memang dituntut. Apa pula komen Bob lokman kalau janji tak ditepati..dr sudut sempit mana pulak hujah anda. Harap jgn sempitkam fikiran semata2 kerana taksubkan mengejarkan undi..menghalakkan cara. Adakah itu cara Islam mengajar kita.

Anonymous said...

Bodoh sapa yang lebihkan bn dari agama.. korang la syaitan.. masuk neraka baru berakal..

Anonymous said...

Najib mmg iblis bertopeng kn babi. Semua hrg dh naik. Mlm ini minyak pulak. Mmg babi en.

Post a Comment

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.