Thursday, February 7, 2013


Hari tu bukan main hebat lagi komen pasal kehadiran PSY ke Rumah Terbuka Tahun Baru Cina Barisan Nasional...Kononnya membazir lah..itu lah dan ini lah...EP kira Nik Aziz tahu la siapa PSY ni... Rupa-rupanya orang tua ni tak kenal siapa PSY... Tapi tak pe..itu perkara kecil dan boleh dimaafkan...

Cumanya EP terfikir..mana penasihat-penasihat Nik Aziz yang hebat tu.. tak kan mereka tak bagitau Nik Aziz dulu siapa PSY ni sebelum Nik Aziz nak buat komen...Malu la wei...seorang pemimpin cuba nak komen pasal benda yang dia sendiri tak tahu... lepas tu main tembak je...Tengok siapa yang malu....PAS dan pakatan haram juga yang malu...

Lain kali sebelum nak bagi komen tu..buat la research sikit dulu...Kalau tak tahu lebih baik diam...

Psy perlu 'tutup aurat', kata Nik Aziz

Walaupun Psy merupakan artis sensasi Korea Selatan dan di peringkat global, tetapi Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat nampaknya tidak perasan dan malah menyangka Psy seorang wanita.

NONEMenurut laporan akhbar berbahasa Cina, Sin Chew Daily, semalam Nik Aziz menggesa Psy menutup aurat apabila diberitahu media bahawa 
BN telah menjemput selebriti itu membuat persembahan di majlis sambutan Tahun Baru Cina anjurannya pada 11 Februari.

Apabila diberitahu bahawa psy seorang lelaki, Nik Aziz bimbang sama ada kandungan lagu-lagunya  positif untuk anak-anak muda.

Menteri Kelantan berusia 82 tahun itu juga bertanya pemberita, "Dalam apa bahasa dia menyanyi?" dan selepas diberitahu Psy rakyat Korea, Nik Aziz bingung mengapa orang mendengar lagu-lagu dalam bahasa yang mereka tidak faham.

Menteri besar Kelantan mengulas mengenai perbelanjaan besar untuk membawa penghibur asing kerana sumber-sumber itu boleh digunakan untuk memajukan artis-artis tempatan.

"Tidakkah kita mempunyai banyak penyanyi tempatan? Mengapa tidak kita upah belia tempatan? Bukankah lebih baik membelanjakannya untuk belia kita? "Tanya beliau.


4 comments:

Anonymous said...

AYAT DIA MACAM DIA OK JER PSY DTG MALAYSIA.. KEH KEH KEH

Anonymous said...

dah terkantoi kott....cool jer....kehkehkehkeh

Anonymous said...

Ade ati nk bela artis msia konon..bkn dok kate artis tu maksiat ke?

Anonymous said...

Isu remeh mcm ni pun korg nak fikir....gunala otak tu fikir benda yg lebih berfaedah sikit...lebih baik fikir bab aib dan dosa sendiri dr asyik fikir org ni tak betul org tu salah...hari ni dah berapa ribu istighfar korang?...

Post a Comment

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.