HOT : KECEWA...HARON DIN TINGGALKAN PAS SECARA TAK RASMI SEBAB......



Haron Din dah keluar dari PAS?? Biar betul?? ..Kalau mengikut sumber yang boleh dipercayai ini, Timbalan Mursyidul Am PAS, Datuk Dr. Harun Din Al-Hafiz, dikatakan telah keluar dari PAS secara tidak rasmi disebabkan kecewa dengan dan tak puas hati dengan kepimpinan PAS yang tidak konsisten dalam membuat keputusan mengenai hala tuju parti sejak akhir-akhir ini..

Malah lebih meningkatkan tahap kekecewaan Haron Din sehinggakan sanggup keluar PAS apabila isu penggunaan Kalimah Allah yang sengaja dibangkitkan oleh Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dipandang remeh oleh Nik Aziz dan Hadi Awang yang dilihat lebih mementingkan politik dari agama...

Nik Aziz dan Hadi Awang disifatkan penakut dan tunduk pada kemahuan DAP apabila mereka dilihat tidak berani untuk menegur campurtangan DAP khususnya Karpal Singh yang mendesak supaya Majlis Syura Pas menarik semula keputusan yang telah dibuat mengenai penggunaan Kalimah Allah..

Selain itu Haron Din juga dikatakan kecewa apabila Anwar yang sanggup mempersendakan golongan ulama mengenai isu Kalimah Allah di dalam ceramah-ceramahnya hanya kerana mahukan mengambil hati pengundi-pengundi orang Kristian..

Sebelum ni, EP difahamkan Haron Din telah mengadakan pertemuan empat mata dengan Anwar pada 7hb Februari yang lalu untuk membincangkan masalah ini..Dalam pertemuan itu Haron Din dikatakan telah menasihati Anwar supaya jangan mempermainkan isu kalimah Allah dan mendesak Anwar menghalang DAP dari terus menimbulkan isu berkenaan..

Tetapi malangnya nasihat Haron Din tidak diendahkan dan Anwar nampaknya sejak akhir-akhir ini semakin berani menyatakan pendirian Pakatan Haram dalam ceramah-ceramahnya terutamanya di Sabah dan Sarawak yang membenarkan orang Kristian menggunakan Kalimah Allah dalam bible berbahasa Melayu..

Inilah realiti perjuangan PAS setelah ditransformasi oleh DAP. Semakin hari, semakin ramai ulamanya yang dipecat atau lari meninggalkan PAS..Itu pun Nik Aziz dan Hadi Awang tak nampak...

Mungkin PAS tunggu DAP dan PKR melenyapkan semua ulama di dalam parti itu maka ketika itu baru mereka sedar? Rasanya sudah terlambat….

Saksikan video ini....Anwar vs Haron Din


HOT : KECEWA...HARON DIN TINGGALKAN PAS SECARA TAK RASMI SEBAB...... HOT : KECEWA...HARON DIN TINGGALKAN PAS SECARA TAK RASMI SEBAB...... Reviewed by Empayar Pemuda on 7:33 PM Rating: 5

8 comments:

  1. Dia ni pun ulama buta dan tersesat sebab tu dia masuk PAS.....bukan dia tak faham yg PAS mempolitikan agama.....ulama saperti dia ni ada pun tak bertambah dan tak ada pun tidak mengurangkan....aku memang dah lama meluat tengok muka sejak dia menyokong Anwar waktu reformasi dulu......jika benar dia ulama mengapa dia tidak mengetahui siapa Anwar.......mengapa tertipu olih Anwar.....

    ReplyDelete
  2. Alahai dah mula main serkap jarang pulak dah! Walaupun aku tak sokong PR... banyak lagi cara lain yang boleh penyokong BN lakukan untuk meyakinkan rakyat. Tak usah main isu-isu yang belum pasti kebenarannya. Jika Ustaz Haron Din tak keluar PAS alangkah malunya BN ... dahlah dituduh mulut celupar, pemfitnah dan pengadu domba... rakyat makin meluat dengan isu-isu sebegini. Lihatlah TV3 dan Utusan Malaysia dah berkali-kali kalah kena saman, tak juga berubah... akhirnya orang dah tak percayakan apapun berita benar lain yang dihidangkan untuk tatapan umum.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kami masih percayakan berita yg di sajikan.

      Delete
  3. sebenarnya media pembangkang lagi banyak bohong dan tipu daya , penuh dengan gambar superimpose, edit video, terutama entri oleh cina kafir harbi yang tak kenal dosa pahala tapi pihak yang difitnah sibuk dok buat kerja bantu rakyat bangunkan negara, tak sempat nak layan fitnah pembangkang terutama najib dan rosmah yang terus terusan diserang bertubi tubi tanpa bukti yang kukuh, semuanya rekayasa belaka

    ReplyDelete
  4. Ini Semua Poyoooo.. Yang xpoyo adalah Video AnuWar tgh henjut Pelacur Chinadoll dan Gambar Assmin Alley tgh bg Pelacur mkn Eskrim dalam jamban... Penyokong PR kat bawah kena tipu dari muda sampai ke tua... Ish2..

    Ini Kali Lah PR... Bye2..

    zoRRo...

    ReplyDelete
  5. DALAM POLITIK MEMANG ADA KHABAR2 ANGIN MACAM NI...HARAP2 MEMANGBETULA LAH

    ReplyDelete
  6. haron din masuk PAS kerana terperangkap dengan permainan ulamak2 keparat dalam PAS.. mereka memperdaya Haron din gunakan platform PAS utk lawan Dr M atas dakwaan isu beliau "jual air jampi".. last-last sekali masuk dah tak boleh keluar lagi kerana telah dilantik menjadi Timbalan Mursyidul Am... puak2 PAS ni kalau bab perangkap memerangkap- memang pandai..sebenarnya mereka terperangkap dalam perangkap mereka sendiri... sekarang Allah bayar cash setiap perbuatan mereka..sekarang ni pemimpin2 mereka buka saja mulut terus disumpah rakyat..

    ReplyDelete
  7. Syukran, syukran..........Karpal SSSSSingh Berjaya meng ‘sikh’kan nik aziz dan hadi awang. Eheheh...bukan karpal singh tak faham islam tapi nik aziz dan hadi awang tak faham sikh tetapi menghayati kristian. Yah.......para penyokong pas sekalian janganlah angkat banner dan sepanduk bodoh tu berdemo pasai kalimah allah tu lagi.... kerana ketua ketua kamu dah pun gadai tidak sahaja kamu tapi ugama islam sendiri. Tahniah juga kepada Anwar Ibrahim Berjaya mendidik nik aziz dan hadi awang tapi lebih hebat lagi jika saudara anwar Ibrahim benar benar berani keluarkan fatwa bahawa sembahyang tidak sahaja di masjid tetapi juga di kuil dan gereja pun boleh. Begitu juga dengan pendirian nya bahawa pemakaian nama tuhan itu sama dengan kristian maka islam juga boleh minum arak dan makan babi sepertimana kristian. LGBT adalah hak untuk dinikmati oleh semua orang dan tukar tukar ugama juga diperbolehkan menurut cita rasa yang sama rasa. Hooray semua bebas...........

    ReplyDelete

Popular

Powered by Blogger.