Monday, February 18, 2013




Nampaknya Karpal Singh sekali lagi berdegil dan tetap bertegas bahawa Pakatan Haram tetap berpegang kepada keputusan yang diputuskan pada 8 Januari lalu berhubung isu kalimah ALLAH.

Karpal berkata, sehingga kini tiada perubahan keputusan Mesyuarat Pemimpin Tertinggi Pakatan Haram yang dihadiri Presiden Pas, Hadi Awang,Penasihat DAP, Lim Kit Siang dan Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim.

“Majoriti 2/3 (DAP dan PKR) tetap dengan pendirian yang sama. Walaupun, Pas menukar pendirian bersetuju dengan keputusan Majlis Syura Ulama Pas iaitu ALLAH tidak boleh digunakan.

“Majlis Syura ulama Pas adalah satu bahagian kecil dan tidak mewakili majoriti. Keputusan Majlis Syura tidak boleh atasi keputusan yang diumumkan ketiga-tiga pemimpin utama PR,”katanya.

Apa pula kata Hadi Awang dan Nik Aziz mengenai perkara ini...Beranikah mereka menentang kenyataan yang dibuat oleh Karpal ini atau mereka akan akur dengan kehendak DAP dan Anwar dalam isu ini??

1 comments:

Muntaha Kaliwon said...

Senang aje....Anguk & beri alasan ..... ahli PAS akan ikut......Demi Putrajaya yang tercinta...demi Anuar , Kapal & Guan Eng

Post a Comment

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.