Thursday, February 28, 2013


Timbalan Pesuruhjaya Pas Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin menyifatkan konsep ketuanan Melayu yang diamalkan di negara ini sejak 55 tahun lalu mesti dihapuskan serta 'dihumban' keluar daripada arus politik negara.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pasir Panjang itu mendakwa, konsep ketuanan Melayu hanya menanam sifat kebencian terhadap kaum sekali gus membawa kepada ketidakadilan dan kezaliman.

Sambil menggunakan petikan Surah Al-Maidah ayat 8, Mohammad Nizar ketika menyampaikan kuliah Maghrib di Surau Fasa 3B Manjung di ini malam tadi berkata, konsep ketuanan Melayu tidak dibenarkan Islam.

"Allah kata Aku tidak terima ketidakadilan. Melayu ditanam sifat benci kepada Cina dan India, Cina ditanam sifat benci kepada Melayu dan India, India ditanam sifat benci kepada Cina dan Melayu.

"Setelah 55 tahun berlalu, kita lihat ketidakadilan ini berlaku. Kalau hendak bawa kembali kepada takwa, hilangkan ketuanan Melayu. Dalam Islam, yang hanya dibenarkan adalah ketuanan syarak," katanya.

Mohammad Nizar turut mendakwa, prinsip ketuanan Melayu tidak tercatat dalam sumber berasaskan al-Quran mahupun as-Sunnah, justeru konsep itu harus 'dihumban keluar'.

Mengambil contoh kaum 'Ad dan Thamud, pemimpin Pas itu menegaskan, sesuatu bangsa itu tidak pernah mempertahankan agama, sebaliknya agama yang sepatutnya membela bangsa.

Dalam kuliah maghrib itu, Mohammad Nizar juga mengambil kesempatan menyeru orang ramai supaya membuat keputusan yang betul pada Pilihan Raya Umum Ke-13 nanti dengan memilih kerajaan yang tidak mengamalkan rasuah.

"Di akhirat nanti, Allah nak tanya kita. Soalan pertama siapa tuhan kamu? Soalan kedua siapa kerajaan yang memerintah hari ini? Boleh semak surah ke-40 ayat 16," ujarnya. - UTUSAN

** Nizar ni lgi bangga bila orang panggil dia cina DAP daripada orang Melayu....


7 comments:

Anonymous said...

Ketuanan cina dlm quran ade sebut x?

Anonymous said...

1) "...Melayu ditanam sifat benci kepada Cina dan India?..."

-Setahu saya, PAS yg menanam perasaan benci kepada kaum lain. Di awal tahun 80'an, waktu tu saya masih remaja dan belum kenal PAS sebab keluarga sy secara tradisinya menyokong UMNO (nenek moyang memang orang Umno). Saya ke bandar bersama sorang ibu saudara yg baru join PAS. Kami berjalan melalui deretan kedai-kedai. Bila kami berjalan melintasi kedai orang Cina, dia akan tarik tangan saya utk keluar dari laluan tu. Jika barang yg kami cari ada dalam kedai orang Cina, dia tidak akan masuk, katanya orang tak berjual-beli dgn kafir.

Sebagai seorang yg belajar di sekolah jenis kebangsaan (Inggeris), saya membesar dgn semua kaum. Saya ada ramai kawan Cina dan India dan saya tak pernah melihat mereka sebagai 'kafir' ttp sebagai kawan. Malah makcik sy tu juga lulusan sekolah Inggeris dan saya tahu dia juga ramai kawan dr kaum Cina. Tp semuanya berubah lepas dia join PAS. Kami sekeluarga juga keliru dgn perubahan tersebut.

Jadi siapa yg 'tanam rasa benci'yg dimaksudkan Nizar tu?
Marahkan parti sendiri ke??? Dah insaf ke?

Our Perikatan founding fathers anggap diri mereka bersaudara, bersatu menentang penjajah Inggeris..

2)"...Soalan kedua siapa kerajaan yang memerintah hari ini?..."

Sejak kecik, yg saya dok dengar guru2 agama dok ajar, soalan kedua ialah: Siapa imam kamu?

soalan dah bertukar ke?

Lepas tya tentang Allah, terus skip tya pasal 'kerajaan'? Tak tya pasal Nabi Muhammad?




Anonymous said...

Jom kita 'humban keluar' Nizar!

Hanya kerana kita marah awak gadai tanah Melayu selama 999 tahun kepada Cina BUKAN MAKNAnya kita benci Cina. Kita marah sebab awak gadaikan utk tempoh yg teramat lama. Hampir 10 abad!

Nasib baik Allah selamatkan Perak dari awak. Kalau awak dapat perintah lebih lama, entah berapa banyak lagi tanah Melayu yang tergadai.

Abg Ben said...

Objektif : Putrajaya
Methodology : Apa sahaja, gunakan semua cara, dari semua sumber yg halal dan haram bagi mempengaruhi rakyat ke arah mencapai objektif mereka...

Anonymous said...

Dia dok sibuk mencebok bontot2 puak bukan melayu tu..terlupa plak nnti tgn basuh tp ttp berbau taik...x pun dia pakai tisu tandas je ....dia tak tau yg lain dok pergunakan dia. Kekecewaan mnjadi MB yg sekejap benor tu..buatkan dendam kesumat trus membara hingga darah melayu yg mengalir dlm diri tu dia terlupa...atau dah mmg darah dia bercampur2.. Kesian....lupa dirilah tu.

Anonymous said...

Maksud Ayat 16 ; Surah Al Mu'min

16. Iaitu hari mereka keluar (dari kubur masing-masing) Dengan jelas nyata; tidak akan tersembunyi kepada Allah sesuatupun dari hal keadaan mereka. (pada saat itu Allah berfirman): "Siapakah Yang Menguasai kerajaan pada hari ini? (Allah sendiri menjawab): "Dikuasai oleh Allah Yang Maha Esa, lagi Yang mengatasi kekuasaannya segala-galanya!

Nizar China celup faham ke maksud ayat ni?

Anonymous said...

Pencacai ni boleh pastikan cina juga menyingkirkan sifat perkauman yang menebalkan pada diri dia orang tu. Dah meroyan tak tentu hala dia ni.

Post a Comment

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.