Friday, February 22, 2013



Baru-baru ini, beberapa keeping foto pelakon, Lana Nordin, 34 kelihatan mesra bersama kekasihnya, Parvel Michalec, 24, sewaktu bercuti di Bali, Indonesia telah tersebar di sebuah laman sesawang dan blog.

Foto-foto itu kelihatan seperti hanya mereka berdua sahaja bercuti dan seolah-oleh seperti berbulan madu ketika menyambut Hari Kekasih pada tanggal 14 Februari lalu.


Bagi mendapat kepastian mengenai foto-foto tersebut, portal murai.com.my telah bertanyakan sendiri mengenai percutiannya itu. Ternyata Lana menafikan bahawa hanya dia berdua dia dengan kekasihnya yang berasal daripada Republik Czech itu saja yang bercuti di Pulau Bali baru-baru ini. Sebaliknya, dia turut bercuti bersama rakan-rakannya yang lain.

"Sebenarnya foto itu mereka ambil daripada laman Instagram yang saya muat naik sendiri. Tiada apa yang perlu diselindung dalam foto itu kerana ia kelihatan kami seperti bercuti sahaja.

"Malah, saya bukan hanya bercuti berdua sahaja tetapi dengan 12 orang kawan-kawan saya yang lain. Kami berada di sana selama 5 hari dan ia hanya sekadar percutian biasa," katanya kepada murai.com.my

Lana dan Parvel sudah menjalinkan percintaan sejak 8 bulan lalu dan mereka kini sedang menjalani percintaan jarak jauh.

Tahun lalu, Lana pernah menggemparkan hiburan tanah air apabila gambarnya bercuti di Bali dengan mengenakan top bikini yang kelihatan seperti berpakaian separuh bogel telah tersebar di laman sesawang.

Apabila ditanya adakah Lana tidak bimbang dengan persepsi orang mengenai foto-foto yang dimuat naiknya itu, Lana memberitahu, kali ini dia lebih berhati-hati dalam setiap tingkah lakunya.

"Cukuplah, apa yang sudah berlaku kepada saya tahun lalu. Kali ini saya akui lebih berhat-hati dan tidak mahu kontroversi itu berulang lagi," jelasnya lagi. - Murai

1 comments:

Post a Comment

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.