Friday, February 1, 2013



Isu kulit haiwan diambil dan digunakan sebagai barang perhiasan sama ada beg tangan mahupun baju sudah lama menjadi bualan hangat diseluruh dunia. Namun, sehingga kini, masih ada lagi individu yang tidak bertanggungjawab membunuh haiwan dan mendapatkan kulitnya untuk  meraih keuntungan.
Malaysia juga tidak terkecuali dari isu ini dan masih ramai lagi yang tidak sedar betapa pentingnya untuk memelihara kehidupan liar dan juga haiwan eksotik.
Terbaru, selebriti popular iaitu Fazura telah dilantik sebagai duta bagi organisasi “People For The Ethical Treatment Of Animal” (PETA) Asia Pacific untuk mencegah penggunaan kulit ular. Fazura dilantik oleh PETA bagi memberi kesedaran kepada masyarakat tentang kesan penggunaan kulit ular dalam kehidupan seharian.
Tujuan utama PETA dan Fazura adalah untuk mendedahkan bagaimana ular dan haiwan eksotik lain disiat hidup-hidup bagi mendapatkan kulitnya yang berharga. Hanya kerana sikap tamak sesetengah orang, banyak cara kejam dilakukan untuk membunuh ular seperti dipukul sehingga mati, demi kepentingan sendiri.
“Cinta saya pada dunia fesyen bukan satu rahsia. Tapi saya tidak merelakan penyeksaan terhadap ular dan haiwan lain.” -Fazura, dipetik dari Astro Awani.

 OhBulan

0 comments:

Post a Comment

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.