Sunday, February 3, 2013



Barisan Nasional (BN) Pulau Pinang yakin memenangi 18 kerusi dan mensasarkan lima lagi kerusi dalam Pilihan Raya 2013, dengan sumber mengatakan sambutan Tahun Baru Cina di Sekolah Han Chiang meningkatkan peluang mereka untuk merampas negeri tersebut.
Padang sekolah Han Chiang adalah tempat perhimpunan terbesar DAP dan sekutunya semasa kempen Pilihan Raya 2008 dan dilihat sebagai tanah keramat tetapi sumber BN mengatakan telah berlaku “angin perubahan untuk pengundi Cina” sejak dua tahun lalu.
“Fakta tentang rumah terbuka Tahun Baru Cina 1Malaysia Pulau Pinang dilakukan di Han Chiang juga menandakan peningkatan kekuatan Barisan Nasional di Pulau Pinang dan kini merupakan pencabar yang serius.
“Pihak yang menjadi sekutu rapat dengan Pakatan Rakyat dan DAP seperti individu berpengaruh di sebalik Han Chiang kini beralih kepada BN merasakan masyarakat Cina di bawah, terutama sekali di Pulau Pinang telah beralih ke ahli politik dinamik baru yang diketuai oleh Teng Chang Yeow,” sumber BN Pulau Pinang memberitahu The Malaysian Insider, merujuk kepada ketua gabungan negeri tersebut.
Beberapa tinjauan dilakukan oleh BN menunjukkan gabungan tersebut kukuh di 18 dari 40 kerusi dengan lima kerusi lagi mempunyai peluang sama rata diantara BN atau kerajaan Pakatan Rakyat (PR) sekarang.
“Jadi negeri tersebut berpeluang untuk dimenangi dan memberikan isyarat angin perubahan dan perubahan pendirian Han Chiang,” sumber tersebut menambah.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak akan menghabiskan masa dua hari pertama Tahun Baru Cina di Pulau Pinang, negeri pembuatan utama dan hab pelancongan yang kini ditadbir oleh PR.a

0 comments:

Post a Comment

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.