Tuesday, February 19, 2013


Wow..best betul mimpi basah PAS di siang hari...terpancut-pancut keluar dari mulut Hadi Awang bahawa PAS akan keluar dari Pakatan Rakyat sekiranya kerjasama antara mereka terbukti tidak menguntungkan Melayu dan Islam...EP nak tanya..berani ke PAS ceraikan DAP??


Walaupun Hadi Awang terpaksa cover balik kenyataan tersebut dengan mengatakan "sehingga kini perkara terbabit tidak berbangkit dan beliau yakin kerjasama dalam PR tidak memberi apa-apa kesan kepada kaum Melayu dan agama Islam" tetapi EP yakin kenyataan yang dikeluarkan Hadi Awang itu mesti bersebab...
Agak pelik kenapa Hadi Awang tiba-tiba boleh mengeluarkan kenyataan yang menggugat kekuatan pakatan haram tambah-tambah lagi dalam keadaan Pakatan haram sedang menghadapi persediaan untuk menghadapi pilihanraya melainkan PAS sendiri yang rasa tergugat dengan sokongan orang Melayu terhadap PAS...
Menurut portal rasmi pakatan haram, kenyataan ini dibuat oleh Hadi Awang sebab ada kaitan dengan desakan dalaman yang hebat supaya PAS mengkaji semula hubungan mereka dengan pakatan haram terutamanya DAP... 
Desakan ini menjadi serius apabila PAS dikatakan gagal untuk meyakinkan DAP dan PKR berhubung isu penggunaan Kalimah Allah ini setelah ketiga parti komponen ini gagal mencapai kata sepakat berhubung penggunaan kalimah Allah dalam kitab Bible berbahasa Melayu.
Dan lebih membimbangkan dan memalukan ahli PAS apabila pimpinan tertinggi PAS sendiri termasuk Majlis Syura PAS dilihat berpecah belah dalam mempertahankan isu Kalimah Allah...
Jadi nak sedapkan hati penyokong PAS yang semakin berkurangan...maka kenyataan ini pun dibuat...Kononnya la..bukan betul-betul pun...
Apa yang EP lihat kerjasama diantara PAS dengan pakatan haram memang menguntungkan..tapi bukan untuk orang Melayu tetapi bagi pemimpin-pemimpin PAS " Anwarinas" yang gilakan kuasa...
PAS harus sedar yang mereka ni hanyalah parti tunggangan Anwar dan DAP untuk mereka sampai ke Putrajaya..Jadi jangan perasan la kononnya boleh mengugut pakatan haram untuk keluar dari pakatan mereka kerana PAS merupakani parti paling kecil bilangan kerusi dalam Parlimen, PAS tidak layak bersuara lebih kuat dari apa yang sewajarnya untuk mereka di kedudukan terbawah.


2 comments:

Monisha Ram said...

Visit

Katherine Theresa Latest Stills2

Anonymous said...

idea puak kecewa....dah rasuah dengan BR!M masih tak dapat sokongan. Rakyat dah pandai...mereka tunaikan baucer BR!M, BB!M... harapan BN undi mereka tak akan ditunaikan. Yang beri kerajaan Malaysia...Bukan duit BN...Undi lah PR

Post a Comment

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.