Wednesday, February 13, 2013

Aik...awal nampak PAS umum nama calon...apasal ek?? Takut dengan spekulasi yang Haron Din akan tinggalkan PAS ke??...

Tak sangka pula EP yang PAS takut dengan spekulasi tu....Dengar cerita Nik Aziz terpaksa arahkan Pesuruhjaya PAS Perlis untuk mengumumkan secepat mungkin yang Haron Din akan bertanding semula atas tiket PAS di Parlimen Arau..

Semuanya hanya untuk mengaburi mata ahli PAS dan rakyat yang Haron Din tidak mempunyai masalah dengan PAS...

Tapi EP rasa semua orang tahu yang PAS mempunyai 1001 masalah yang tidak dapat diselesaikan...antaranya masalah antara pemimpin dan masalah dengan DAP yang tidak dapat diselesaikan hingga ke hari ini..

Lihat saya isu Kalimah Allah..Hingga ke hari ini DAP masih mendesak PAS untuk menolak keputusan yang dibuat oleh Majlis Syura dah sehingga ke hari ini juga mana-mana pemimpin PAS tidak dapat mendiamkan DAP...

Memberi maklum balas positif dan berkata ya jauh beza maknanya...


Timbalan Mursyidul Am Pas, Datuk Dr Haron Din disahkan akan bertanding pada pilihan raya umum akan datang di negeri ini.

Mengesahkan perkara itu, Pesuruhjaya Pas Perlis, Hashim Jasin berkata, pihaknya sudah mengemukakan tawaran bertanding kepada Haron dan mendapat maklum balas positif.

"Kita beri tawaran ini sejak 2011 lagi dan terbaru, tahun lalu. Beliau jawab secara positif menyatakan kesediaan untuk bertanding kali ketiga walaupun sudah tewas dua kali sebelum ini," katanya.

Ditanya kerusi mana yang ditawarkan kepada Haron, Hashim berkata, besar kemungkinan tokoh nombor dua dalam Majlis Syura Ulama Pas itu akan kembali merebut kerusi yang ditandinginya pada Pilihan Raya Umum Ke-12 (PRU12) iaitu di Parlimen Arau.

0 comments:

Post a Comment

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.