HOT : ADA KE PATUT KATA HARON DIN SYOK SENDIRI??


Bekas Naib Presiden Pas, Datuk Nakhaei Ahmad menegaskan bahawa Pas sebenarnya masih berpegang kepada keputusan bersama dengan kepimpinan Pakatan Pembangkang dalam isu kalimah Allah biarpun keputusan itu ditentang oleh Majlis Syura Ulama parti tersebut.

Menurut beliau, ini memandangkan setakat ini tidak ada sebarang kenyataan rasmi daripada Ahli Jawatankuasa Pusat Pas dan Presidennya, Datuk Seri Hadi Awang untuk menarik balik persetujuan yang telah dipersetujui bersama kepimpinan Pakatan Pembangkang berhubungan isu tersebut.

“Pandangan majlis Syura Ulama bukanlah pandangan rasmi Pas. Itu hanya sekadar satu pandangan yang tidak menjadi keputusan rasmi atau dasar Pas dalam isu ini, kecuali jika AJK pusat dan Presiden Pas membuat satu kenyataan rasmi bahawa mereka menarik balik persetujuan yang telah dipersetujui bersama kepimpinan Pakatan Pembangkang sebelum ini.

“Namun sehingga ke hari ini, kita tidak mendengar sebarang kenyataan rasmi daripada Pas. Jika benar mereka menjadikan pandangan ulama dalam isu ini sebagai dasar Pas, maka kepimpinan tertinggi Pas termasuk Mursyidul Am perlu membuat kenyataan umum menarik balik persetujuan tersebut,” tegas beliau kepada UMNO-Online di sini hari ini.

Tambahnya lagi, selagi tidak ada sebarang kenyataan rasmi daripada kepimpinan tertinggi Pas pusat, ini bermakna dasar dan pendirian parti tersebut berhubung isu kalimah Allah ini masih tidak berubah dan tetap berpegang dengan pendirian yang dipersetujui sebelum ini bersama kepimpinan Pakatan Pembangkang yang lain.

“Perlu diingatkan, pandangan atau tentangan daripada majlis syura ulama Pas dalam isu ini tidak boleh membatalkan sebarang perjanjian kepimpinan tertinggi Pas yang bersetuju bahawa kalimah Allah boleh digunakan oleh mereka yang bukan Islam sebelum ini.

“Jadi, majlis syura ulama boleh kata apa saja, boleh mengkritik apa saja tentang isu ini, namun selagi tidak ada sebarang kenyataan rasmi daripada pucuk pimpinan tertinggi Pas, ini bermakna pendirian parti Pas dalam isu ini masih lagi sama dan tidak berubah,” jelasnya.

Selain itu, beliau turut menyatakan rasa kesalnya dengan sikap kepimpinan Pas hari ini yang menjadi punca utama yang membuka ruang kepada bukan Islam untuk masuk campur dalam urusan agama umat Islam.

“Sejak dari negara kita merdeka, tidak pernah ada orang bukan Islam yang berani masuk campur dalam isu agama Islam. Tetapi hari ini, dengan sikap dan pendirian kepimpinan Pas yang lebih mementingkan agenda politik mereka, akhirnya telah membuka ruang yang luas bagi orang bukan Islam masuk campur urusan orang Islam di negara ini.

“Kepimpinan Pas ternyata melakukan kesilapan besar apabila menyatakan persetujuan mereka dalam isu kalimah Allah ini tanpa merujuk atau berbincang terlebih dulu dengan majlis syura ulama Pas. Jika mereka berbincang terlebih dulu, maka perkara ini tidak akan menjadi kecoh seperti ini,” tegasnya. -MediaUMNO
HOT : ADA KE PATUT KATA HARON DIN SYOK SENDIRI?? HOT : ADA KE PATUT KATA HARON DIN SYOK SENDIRI?? Reviewed by Empayar Pemuda on 8:48 AM Rating: 5

3 comments:

  1. Kesian pun ada melihat puak2 tonggong ni. Hadi kata setuju, syura kata tak setuju, harun taib pertahan majlis syura, haron din sanggup binasa demi kalimah, dan meneguhkan pendirian majlis syura... macam pak pandir layaknya para pemimpin pas ni. Garang bukan main tapi dalam kepompong pas saja, ini semata-2 untuk mengabui mata para penyokong seolah mereka tegas dengan dap.... almaklumlah penyokong pun lagi tonggong. Hdi membisu dan takut nak tarik balik, membiarkan rakyat buat analisa sendiri, (macam yang dia buat dgn amanat hadi).

    ReplyDelete
  2. Penyokong PAS sume otak biol yg langsung tak penah p sekolah atau sekolah sampai darjah enam. Kene taruk dengan DAP macam anjing kurap..selit ekor celah kangkang.

    ReplyDelete
  3. Penyokong xtau gapa..bengong doh..

    ReplyDelete

Popular

Powered by Blogger.