Friday, February 8, 2013

Sebelum itu EP ingin ucapkan tahniah pada Jefrei Nordin kerana berani membuat keputusan untuk meninggalkan bosnya walaupun dia sedar nyawanya akan diancam selepas ini...

Apa agaknya tuduhan yang akan dileparkan oleh puak-puak pembangkang kepada Pegawai Khas Ronnie Liu yang bertindak meninggalkan jawatannya disaat-saat pilihanraya sudah hampir...

Apa apa pun kita tunggu apa yang akan didedahkan oleh Jefrei mengenai salah laku bossnya selama ini....




Pegawai Khas kepada Exco Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan Selangor, Ronnie Liu mengumumkan peletakan jawata serta-merta berikutan tidak tahan dengan sikap hipokrit dan penyalahgunaan kuasa yang dilakukan oleh pemimpin itu.

Jefrei Nordin berkata, surat peletakan jawatan itu akan diserahkan kepada Liu dalam masa terdekat.

Menurutnya, tindakan Liu berdiam diri dan tidak menjawab tuduhan rasuah serta penyalahgunaan kuasa menimbulkan seribu persoalan mengenai ketelusannya memikul tanggungjawab yang diamanahkan.

Beliau yang memulakan khidmat dari 1 Julai 2008 melihat sikap Liu semakin tamak mengejar keuntungan sehingga mengabaikan tanggungjawab yang diamanahkan oleh rakyat.

Semasa dilantik menjadi pegawai khas di pejabat Exco itu, beliau meletakkan kepercayaan dan keyakinan ke atas kepimpinan Liu, namun ia terhakis apabila melihat wajah dan karekter sebenar bekas majikanya itu.

Aktivis DAP sejak 2004 itu, mendakwa Ronnie juga seorang pemimpin yang sangat rasis.

Jefrei berkata, Ronnie dan DAP Selangor khususnya, menganggap PKR sebagai sebuah parti 'pak lawak" dan sering kali berseloroh dan bertanya kepadanya bagaimana orang Melayu boleh menyokong PKR yang diterajui oleh 'jokers'.

Menurutnya, Liu dan pemimpin utama DAP juga menganggap Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim begitu kemaruk untuk menjadi Perdana Menteri sampai sanggup menggadaikan apa sahaja untuk mencapai cita-cita tersebut.

"Saya melihat sendiri bagaimana peranan yang dimainkan oleh Ronnie dalam memecah-belahkan parti Pas di Selangor bagi memastikan DAP terus mendominasi Pakatan Rakyat (PR) Selangor. 

"Saya tahu bagaimana usaha yang dijalankan oleh Ronnie dan DAP bagi memujuk tokoh Melayu liberal seperti Datuk Zaid Ibrahim untuk bertanding di Selangor di bawah payung DAP bagi memastikannya mampu membentuk kerajaan baru di Selangor lantas menafikan hak calon PKR sebagai Menteri Besar selepas Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13)," katanya.

"Saya melakukan segala kemampuan untuk mencegah kemungkaran yang sedang berlaku. Namun, semua bantahan serta teguran saya tidak diambil peduli," katanya pada sidang media di sini.

Menurutnya, kini ternyata, slogan dan laungan Liu dan DAP mengenai keprihatinan, kepedulian kepada rakyat serta kesepakatan dalam PR adalah omongan kosong dan retorik politik murahan mereka," katanya.

3 comments:

Anonymous said...

kau tu melayu paling bodoh dlm dunia oh jefri...kau penghianat bangsa sebenar nya bila dah terdesak pr nak kalah buat pusing u pulak lu ingat org melayu nak caya sama lu ka haaa??/

Anonymous said...

Pembohongan sebenar DAP (Dog and Pig) nih semakin dok nak pecah dah.. Rakyat di Selangor sudah boleh menilai yg mana baik dan buruk...

zoRRo...

Tok Merah said...

Bila dah tersepit baru terkial-kial mencari tempat berpaut. Tak payah la Jefrei Nordin, kau tu dah jadi pengkhianat bangsa. Kau ingat kau tu bagus sangat boleh ubah Ronnie Liu, tak payah la. Memang Melayu yang tak sedar diri. Dari dulu dah kata, DAPIGS ni bukan boleh percaya, tapi degil tak guna otak. Ingat dia bagus sangat. Kalau tengok muka pun takde muka Melayu.

Post a Comment

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.