Wednesday, February 20, 2013


Fuyoo...ketatnya syarat nak jadi calon PAS..syarat paling utama sekali calon yang dipilih tidak boleh lompat parti setelah dipilih sebagai wakil rakyat... hmmm...Bunyinya macam syarat DAP je...mungkin DAP telah beri kuasa pada Majlis Syura PAS untuk mengumumkannya untuk calon PAS.. Sebab Majlis Syura PAS kan hanya releven dalam PAS sahaja...

Kalau dulu bukan main seronok lagi puak-puak ni umumkan ke seluruh dunia..(kalau ada manusia yang duduk di planet Marikh...dekat Marikh pun mereka nak umumkan) kononnya pada 16 September Pakatan Haram Jadah akan membentuk kerajaan Malaysia dengan menggunakan teknik sulit mereka iaitu lompat...

Bila teknik sulit lompat melompat makan tuan...tahu pula nak meroyan...wujudkan akta itu lah syarat ini lah...Ini semua berlaku sebab mereka yang mulakan sendiri..Sekarang ni..calon yang mereka sendiri pilih pun mereka tak percaya...hahahaha...padan muka!!

Kalau tak percaya tanya Karpal Singh kenapa dia mengamuk dalam video ni...


Lagi satu EP nak tanya..Layak ke Mat Sabu jadi calon PAS..Kalau mengikut syarat yang ditetapkan oleh Majlis Syura...calon mestilah mengikut ciri-ciri kepimpinan Islam, tidak melakukan dosa besar dan tidak meneruskan dosa-dosa kecil... Bukan ke Mat Sabu pernah ditangkap khalwat bersama isteri orang???...Jangan pula Majlis Syura bertindak Double Standard...Sebab DAP mahukan Mat Sabu bertanding...dosanya boleh diampunkan...

Majlis Syura Ulama Pas terpaksa menggugurkan ramai calon yang disenaraikan oleh pimpinan parti itu untuk bertanding pada pilihan raya umum akan datang atas beberapa sebab.
Setiausahanya, Datuk Nik Muhammad Zawawi Nik Salleh berkata, antara sebab utama ialah mereka yang berkenaan didapati tidak menepati syarat ketat ditetapkan parti termasuk kemungkinan akan melompat parti setelah dipilih sebagai wakil rakyat.
“Setelah dicadangkan di peringkat kawasan dan negeri, tapisan yang paling mustahak ialah di peringkat Majlis Syura Ulama. Pada peringkat ini, kita akan menentukan calon mengikut ciri-ciri kepimpinan Islam, tidak melakukan dosa besar dan tidak meneruskan dosa-dosa kecil.



0 comments:

Post a Comment

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.