Thursday, February 14, 2013


Sebelum itu EP nak ucakpan Tahniah dulu pada Dr Mansor kerana telah di UPGRADE kan daripada kerusi DUN ke Kerusi Parlimen dalam PRU yang akan datang..

Tahniah dah...sekarang Takziah pula...

Mengikut sumber yang EP terima, Guan Eng bersama orang-orang kanannya di Pulau Pinang telah mengadakan satu pertemuan sulit bersama Anwar untuk membincangkan beberapa perkara...

Antara topik utama yang dibincangkan dalam pertemuan itu ialah mengenai kedudukan Dr Mansor kerana sebelum ini ada ura-ura yang mengatakan Dr Mansor akan meninggalkan PKR pasal isu Tokong.. 




Sebelum perkara itu menjadi kenyataan dan memburukkan lagi imej DAP dan pakatan haram di Pulau Pinang, Guan Eng telah menyusun satu plan strategi yang terbaik bagaimana untuk menyelamatkan keadaan dan sekaligus menyingkirkan Dr Mansor sebagai Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang..

Dan cara yang paling mudah untuk menyingkirkan Mansor daripada terus menjadi Timbalan Ketua Menteri tanpa menimbulkan kekecohan ialah 'upgrade'kan kerusi DUN Dr Mansor di Penanti kepada kerusi Parlimen..Kononnya naik pangkat la..daripada DUN ke Parlimen..

Selain itu, Guan Eng menggunakan alasan undi Anwar di Parlimen Permatang Pauh akan tergugat jika Mansor bertanding di Penanti sebab kebanyakan rakyat yang tinggal di Penanti menolak Mansor... Undi Anwar akan merosot dan Kerajaan DAP Pulau Pinang akan terlepas satu kerusi DUN..

Senang cerita Dr Mansor akan dikuburkan di Parlimen Nibong Tebal...



Pelikkan Kerajaan DAP di Pulau Pinang ni..EP confirm Ketua Menteri akan kekal milik Guan Eng selepas PRU ni, EXCO kesayangan Guan Eng pun akan kekal tapi Timbalan Ketua Menteri dah dua kali bertukar dalam satu penggal...satu letak jawatan dan satu lagi bakal disingkirkan dalam keadaan terhormat....Kenapa ek??

Kesian orang Melayu Pulau Pinang...ada wakil pun, tak boleh harap...Nak kata bodoh ada kelulusan Dr (BUKAN SEORANG TAPI KEDUA-DUA PULA TU)..Tapi Guan Eng boleh buat macam sampah...buang ikut suka hatinya...

Dan Anwar telah mengesahkan berita ini....
Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, Datuk Mansor Othman tidak akan mempertahan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti pada PRU 13, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Sebaliknya, Ketua Umum KEADILAN itu, berkata muka baru diberi peluang dan sokongan rakyat diperlukan bagi mempertahan kerusi berkenaan. 
“Bukan saja Penanti akan dipertahan, malah majoriti lebih besar menjadi harapan dalam pilihan raya umum akan datang,” katanya.
Beliau demikian pada majlis ramah mesra bersama masyarakat keturunan Tionghua sempena sambutan Tahun Baru Cina di sini, 12 Februari lalu.
Anwar berkata, Mansor perlu memberi tumpuan penuh terhadap kerusi Parlimen yang bakal ditandinginya di Nibong Tebal. - Keadilan Daily


0 comments:

Post a Comment

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.