Tuesday, February 19, 2013

Wajarkah seluruh anggota Polis di seluruh Malaysia dipersalahkan hanya kerana sekeping gambar ini dan pengalaman pahit penulis blog yang dibayar RM3000.00 oleh Kerajaan Negeri Selangor untuk menfitnah kerajaan BN....

Cuba lihat gambar dibawah...Hanya sekeping gambar yang kecil ini yang tidak berapa jelas sudah cukup untuk blogger ini memaki dan menfitnah seluruh anggota polis di Malaysia..




Mungkin ada segelintir anggota polis yang berbuat demikian tetapi bgi EP tidak adil bagi kita untuk menilai dan menyalahkan seluruh anggota polis yang berkorban menjaga keamanan negara....

Cuba baca apa yang ditulis oleh blogger ini...
Kerajaan Rakyat memang tak percayakan polis sejak dulu lagi. Satu ketika dulu kedai keluarga kami dimasuki pencuri, kami buat laporan polis... polis datang... ambil beberapa barang dari kedai kami.. kononnya untuk tujuan forensik... nak kesan cap jari.
Tau apa jadi? Selepas sehari ke sehari. Selepas seminggu ke seminggu. Selepas sebulan ke sebulan.Selepas setahun ke setahun dan hingga kini sudah hampir 15 tahun, pencuri tak jumpa, barang yang diambil polis.. LESAP entah ke mana.. !! Haramjadah punya polis.. ! Kerna buat laporan polis, keluarga kami rugi berganda.
Sejak dari tarikh itu, keluarga kami langsung tidak percayakan polis!! Malahan sejak dari tarikh itu juga, kami tidak buat laporan sekalipun berlaku kecurian apa rompakan.
Bagi keluarga kami, POLIS TIDAK BOLEH DIPERCAYAI.. !!!
Gambar di atas menceritakan segalanya. Kefahaman saya, itulah perangai kebanyakan anggota polis, dari prebet sampailah ke Ketua Polis Negara.. !!!
POLIS TIDAK BOLEH DIPERCAYAI.. !!!
Dan cuba lihat dokumen ini...Blogger-blogger seperti ini "Sabotaged Media Trooper" dibayar oleh pihak tertentu untuk menghasut dan menanam perasaan benci terhadap kerajaan termasuklah pihak polis...Dan nampaknya dia telah menjalankan tugasnya dengan baik...




Bagi EP kerja anggota polis merupakan satu kerja yang mulia kerana menjaga keamanan dalam negara. Penat lelah anggota polis dalam memastikan negara kita aman dan adil adalah pahala yang amat besar di sisi Allah jika anggota tersebut menjalankan tanggungjawabnya dengan jujur dan ikhlas. 

Sepatutnya tiada seorang pun rakyat yang cintakan keadilan dan keamanan akan membenci polis. Sebaliknya, perasaan menghargai akan tertanam dalam diri kita bila mendengar nama polis, melihat anggota atau apa sahaja yang berkaitan dengan tugas-tugas polis. Itulah perkara sewajarnya berlaku....bukan seperti blogger ini...betul tak...


** Katakanlah Pakatan Haram ambil alih pentadbiran negara...Adakah mereka akan pecat semua polis-polis yang berkhidmat sekarang dan gantikan dengan orang yang baru??...

2 comments:

Pakcu Rantau Panjang said...

Cerita blogger macam ni sememangnya dah cari makan kutuk dan maki orang yang ada kaitan dengan kerajaan...hatta kalau Pakcu masuk ke blog macam ni dengan pakcu sendiri pun kena palu sama..

Pakcu tak kisah asalkan Pakcu dapat masuk dan bertukar idea dah cukup. Terima tak terima komen Pakcu ..terserah. Tapi biarlah lojik dan berfakta.

Pakcu nak pesan satu...tulislah sesuatu yang terbaik kerana tulisan seupama ucapan yang akan dipersoalkan nanti tentang kebenarannya....walahualam.

Dania roxy said...

kalau usha gambar ni betul2 aku tengok tak rupa duit pun..macam lesen je..

Post a Comment

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.