Tuesday, February 5, 2013



MACAM MANA AGAKNYA KALAU MANGKUK-MANGKUK TINGKAT NI MEMERINTAH MALAYSIA..."BERSETUJU UNTUK TIDAK BERSETUJU" ATAU " ITU DIA PUNYA PASAL"???HANCUSSSSS...

"Karpal (Singh) bukan orang Pas... yang buat keputusan Majlis Syura Pas. Itu dia (Karpal) punya pasal," kata Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat ketika ditanya mengenai kenyataan Pengerusi DAP, Karpal Singh yang menyanggah kenyataan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berhubung isu kalimah ALLAH.

Media semalam melaporkan Karpal menyanggah kenyataan Abdul Hadi yang menyifatkan isu kalimah ALLAH selesai dan keputusan Majlis Syura Ulama Pas diterima baik orang bukan Islam termasuk pemimpin DAP.

Menurut Karpal, kenyataan itu jelas tidak benar kerana DAP tetap berpegang teguh dengan pendirian yang telah diambil pakatan pembangkang pada awal bulan lalu yang mahu penggunaan kalimah ALLAH oleh orang bukan Islam dibenarkan.

Malah beliau juga mengulangi desakan yang dibuat sebelum ini iaitu mahu Majlis Syura Ulama Pas mengkaji semula pendirian mereka terhadap isu berkenaan.

Ditanya mengenai perkara itu semalam, Nik Abdul Aziz berkata, Karpal tidak tahu apa berlaku dalam Pas.

"Tiada orang (luar) yang tahu mengenai Pas, begitu juga DAP. Tidak ada orang tahu masalah DAP melainkan orang DAP," katanya.



2 comments:

Anonymous said...

nampak sangat pas & dap tak saling mengenali walaupun dah berzina banyak kali

Anonymous said...

bukan berzina.. tapi meliwat sambil pejam mata

Post a Comment

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.