Saturday, January 19, 2013




Rezeki nampaknya terus memihak kepada Jozan apabila mereka diisythiarkan sebagai juara Maharaja Lawak Mega 2012 (MLM 2012) sebentar tadi.

Bersaksikan ribuan penonton yang membanjiri Stadium Tertutup Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB), Jozan yang dianggotai Mohd. Yazid Lim bin Mohamad Aziz atau Johan, 28, dan Mohd Razizan Abdul Razak atau Zizan, 28, diumumkan sebagai juara oleh hos MLM 2012, AC Mizal yang menyaksikan mereka menewaskan kumpulan Jambu sekali gus memenangi hadiah berupa wang tunai RM500,000 beserta trofi.

Jangkaan ramai pihak bahawa Johan akan membuat kemunculan di peringkat akhir menjadi kenyataan apabila dia muncul di saat persembahan pertama Jozan meskipun belum pulih sepenuhnya dari kecederaan dibahagian kaki.

Kumpulan Jambu yang dianggotai Zamatul Amri Bin Zakaria atau Tauke, 36 dan Yussry Edoo atau Yus, 36, pula meraih gelaran naib juara dan membawa pulang RM250,000 beserta trofi.

Wakil tuan rumah, kumpulan Shiro yang dianggotai Shahrol Azizie Bin Azmi (Shahrol), 27, dan Mohd Hanaffi Bin Razak (Ajak), 25, terpaksa berpuas hati di tempat ketiga dan membawa pulang wang tunai RM150,000 beserta trofi.

Dua lagi finalis, iaitu kumpulan Boboi dan Say Who masing-masing berada di kedudukan keempat dan kelima tidak pulang dengan tangan kosong apabila turut menerima hadiah. Boboi membawa pulang wang tunai RM50,000 manakala Say Who pulang wang tunai RM15,000.

Hadiah disampaikan oleh Naib Presiden Bahagian Perniagaan Melayu Astro, Encik Khairul Anwar Salleh diiringi Pengurus Kumpulan Saluran Premium Astro, Encik Nizam Sani dan Pengurus Saluran Astro Warna, Bob Azrai. - Murai

- Credit to - guaTV.com

** Walaupun EP peminat Jozan tapi EP rasa lawak terbaik untuk persembahan peringkat akhir Maharaja Lawak Mega 2012 dimenangi oleh kumpulan Boboi...setuju tak??...


0 comments:

Post a Comment

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.