Friday, January 11, 2013



Ketua Penerangan UMNO Malaysia, Datuk Ahmad Maslan menyifatkan Perhimpunan Kebangkitan Rakyat yang yang mensasarkan kehadiran sejuta rakyat yang bakal diadakan oleh Pakatan Pembangkang pada 12hb Januari ini di Stadium Merdeka merupakan satu pembohongan besar terhadap rakyat di negara ini.
Beliau berkata demikian kerana menurutnya, mustahil bagi  Pakatan Pembangkang untuk  menghimpunkan sejuta rakyat di dalam perhimpunan tersebut memandangkan Stadium Merdeka hanya boleh memuatkan lebih kurang 30 ribu orang sahaja.
“Mereka ini bagi saya pembohong besar. Satu Malaysia mereka canangkan bahawa perhimpunan ini akan dihadiri oleh sejuta rakyat, sedangkan mereka memilih stadium merdeka untuk perhimpunan tersebut yang hanya boleh muatkan 30 ribu orang sahaja.
“Mengapa mereka tidak memilih stadium Nasional yang boleh memuatkan lebih dari 100 ribu orang? Saya cabar mereka untuk pilih Stadium Nasional untuk adakan perhimpunan ini. Kenapa mereka tak pilih stadium Nasional?
“Ini disebab mereka sebenarnya tak yakin dapat mengumpul rakyat seramai 100 ribu orang untuk memenuhi stadium nasional itu, apatah lagi nak mengumpul sejuta rakyat,” tegas beliau selepas mempengerusikan mesyuarat ketua-ketua penerangan Barisan Nasional di Putra World Trade Center (PWTC) di sini hari ini.
Sementara itu, Ahmad Maslan sekali lagi menegaskan bahawa tsunami politik yang melanda pada PRU yang lepas sudah berakhir dengan dasar-dasar dan transformasi kerajaan yang diperkenalkan di bawah pemerintahan Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini.
Justeru itu  menurutnya, berdasarkan laporan dan maklumat yang diperolehi, beliau menaruh keyakinan bahawa BN boleh mencapai kemenangan 2/3 majoriti di dalam PRU yang akan datang nanti.
“Ini berdasarkan sifir kami di mana kita memerlukan lebih kurang 20 kerusi sahaja untuk BN mencapai kemenangan 2/3 dalam PRU akan datang. Kita juga sudah mengenal pasti beberapa kawasan yang di mana kerusi parlimen atau DUN di kawasan tersebut akan kembali semula ke tangan BN.
“Jadi berdasarkan perkara ini, kita yakin kemampuan BN untuk menawan kembali kerusi-kerusi yang sudah terlepas ke tangan pembangkang dan peluangnya cukup cerah. Sekiranya kita berjaya mengekal 140 kerusi yang dimenangi oleh BN sebelum ini, dan ditambah lagi dengan 20 lagi kerusi yang diyakini bakal ditawan semula, In shaa Allah BN akan berjaya mendapatkan 2/3 majoriti dalam PRU akan datang nanti,” ujarnya. -MediaUMNO

1 comments:

Mr Lonely said...

visiting here with a smile. take care.. have a nice day ~ =)

Regards,
http://www.lonelyreload.com (A Growing Teenager Diary) ..

Post a Comment

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.