Tuesday, January 8, 2013


Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat (PR) hari ini mencapai pendirian penggunaan kalimah ALLAH boleh digunakan oleh penganut Kristian dengan syarat ia  tidak disalahgunakan.

Keputusan tersebut diumumkan selepas mesyuarat pemimpin tertinggi PR yang dihadiri Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang; Penasihat DAP, Lim Kit Siang dan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam.

Pada sidang media selepas itu, Hadi berkata, Pas berpendirian konsisten seperti yang pernah dikeluarkan pada 4 Januari 2010 lalu di mana kalimah ALLAH adalah tidak boleh diterjemahkan ke dalam mana-mana bahasa secara tepat.

Menurutnya, penganut Islam dari berbagai bangsa tetap menyebut perkataan ALLAH apabila menterjemah ke dalam bahasa masing-masing dan ketika beribadat.

"Walau bagaimanapun, Islam tidak menghalang penganut agama lain menggunakan kalimah ALLAH dalam amalan mereka walaupun tidak mencapai maksud asal bahasa al-Quran," katanya.

** Inilah perjuangan sebenar PAS..

13 comments:

Anonymous said...

Akhirnya pas,part islam melayu berjaya mempersenda kan kalimah AlLAH pada orang2 kafir dan jangan lupa pas bahawa banyak lagi yang bolih digadai dan dipersendakan....katakan halal pada rasuah,katakan halal pada babi dan wajibkan zina pada umat pas.

Anonymous said...

ribut sonamu nak sampai tu...sorang dua punya pasal, abis senegeri kena bala

jonnyszetalk said...

Salam 1 Malaysia.Kalau macam tu punya cara,saya takut nak undi PAS.

Anonymous said...

Lagu negeri Kedah, Selangor, Pahang n Johor ade perkataan Allah dlm lagu2 tu...knp x suruh non muslim nyanyi tkr jd tuhan? Bile dieorg salin lagu2 negeri tu dieorg eja Allah jd T.U.H.A.N ke? Tolong la bljr agame skt, Allah tuh utk sekalian makhluk la....

Anonymous said...

HJAAAA HEDING serban pun dh x pakaimasa buat sidang akhbar ,Hempuras punya munafik,Ta pe lah mungkin akan datang banyak lagi yang PAS akan halalkan!Xlama lagi juga tidak mustahil,Kopiah berganti TOPI.
Ingat!dah ramai ULAMAK MUNAFIK sejak akhir2ni.

Anonymous said...

anon 6:43pm. Allah ialah Tuhan umat Islam. Allah tidak blh di terjemahkan jadi tuhan saperti God di terjemahkan jadi tuhan.

Anonymous said...

Negeri yg ada sultan dan baginda adalah ketua agama Islam dlm negeri pentadbiran baginda.x

Anonymous said...

sedih melihat alim ulamak menjadi 'DAJAL' dalam agama sendiri..

Anonymous said...

ALLAH MAHA MENGETAHUI.lain kali kalau hendak buat SOLAT HAJAT biarlah BERNIAT BAIK dan BERHAJATKAN UNTUK KEBAIKAN PADA SEMUA UMAT ISLAM AMNYA, BUKAN TUNJUK BAIK TETAPI BERHAJATKAN UNTUK MENGHANCURKAN UMAT ISLAM YANG LAIN demi mencapai kehendak[kerpentingan]parti sendiri untuk menguasai PUTRAJAYA.

Anonymous said...

Anon 10.31pm: jd maksud sedare ade tuhan lain la yg jadikan non muslim ye? Allah tu pemilik sekalian alam, ape yg di laut, di darat, di langit semuanya ciptaan Allah termasuk non muslim. Tuhan mereka yg sebenar ialah Allah cume mereka tidak menyembah Allah sebagaimana kite, semoga mereka mendapat hidayah utk mengesakan Allah.

Anonymous said...

Anon 6:55 wal baral badigol samdol..penggunaan Allah dlm bible adalah bertujuan menyebarkan ajaran kristian kepada umat Islan.itu tujuan utama.mmg la Allah pencipta sekelian makhluk tapi Allah itu satu,dlm kristian God diaorg adalah 3 dalam 1 dah mcm syampoo..bila diaorg sebarkn ajaran kristian,diaorg ckp Allah dlm kristian adalah God yg sebenar,dan kepercayaan umat islam adalah tak betul.so tujuan dia semata nk sebarkan kristian!yg ko bole plak samdol nk pertikaikan perkataan Allah dari sudut bahasa!inilah perang salib cara halus..kalaulah org islam masuk kristian disebabkan kekeliruan ini,masyuk beb saham dosa free ko diakhirat!jgn la jd seorg lg kamal attartuk turki di malaysia!puihhh..sial la!

Anonymous said...

Hadi Awang guna ayat Ali'Imran:64 sebagai perisai beliau utk mempertahankan sokongan PAS untuk penggunaan kalimah Allah untuk kafir laknatullah. Ayat ini berkenaan seruan Nabi Ibrahim kepada Ahli Kitab untuk berpegang kepada satu kalimah iaitu "ALLAH"... tetapi di ayat seterusnya Ali'Imran:65, Allah berfirman "Wahai Ahli Kitab! kenapa kamu berbantah-bantah tentang hal Ibrahim, padahal Taurat dan Injil tidak diturunkan melainkan sesudah Ibrahim. Apakah kamu tidak berfikir?"... maksudnya seruan berpegang kepada kalimah Allah kepada Ahli Kitab umat Nabi Ibrahim ini tidak boleh digunapakai sesudah Taurat dan Injil diturunkan... Allah Maha Mengetahui...

Anonymous said...

Oo yeke? Klu cm2 ko tlg xplain benda ni kt haron din, haron taib, tuan ibrahim tuan man, nasharudin mat isa dll yg x setuju kalimah Allah digadaikan kpd bkn Islam yg byk tuhannye. Semoga Allah beri petunjuk kt ko,

Post a Comment

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.