Tuesday, January 29, 2013



SETELAH pemecatan Nasharudin Mat Isa dari jawatan sebagai ahli Majlis Syura PAS semalam (bukan 13hb Januari), semakin banyak pihak tampil mendesak agar Timbalan Presiden PAS, Haji Mohamad Sabu dilantik bagi menggantikan Nasharudin.
Sebagai makluman, perlantikan ahli Majlis Syura Ulama, mengikut perlembagaan PAS adalah selaras dengan Fasal 7 (4), seperti dinyatakan dibawah:-
Empat orang daripada ahli Majlis Syura ‘Ulamak itu hendaklah dipilih dan dilantik oleh Jawatankuasa Kerja PAS Pusat dan empat orang yang dipilih dan dilantik oleh Jawatankuasa Kerja Dewan ‘Ulamak PAS Pusat dan masing-masing dua orang yang dipilih dan dilantik oleh Jawatankuasa Kerja Dewan Pemuda PAS Pusat dan Jawatankuasa Kerja Dewan Muslimat PAS Pusat dan tidak lebih lima orang yang baki itu dipilih dan dilantik oleh Majlis Syura ‘Ulamak itu sendiri. Keahlian seseorang ahli majlis itu boleh diperbaharui oleh pihak yang memilih/ melantiknya setelah tamat tempoh tersebut.
Dari apa yang penulis diberitahu, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah menghubungi Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat dan mencadangkan nama Mat Sabu untuk dilantik ke jawatan tersebut.
Walaupun kerusi dalam Majlis Syura Ulama PAS hanya dikhususkan untuk golongan ulama dalam parti tersebut, tapi penulis tidak melihat sebarang masalah untuk Mat Sabu dilantik ke jawatan tersebut kerana perwatakan beliau memang cukup sifat seperti seorang ulama, berkopiah dan berjubah, cuma tidak pernah berserban.
Beliau juga dikenali mampu berhujah dengan begitu baik sekali, termasuk keupayaan memetik ayat-ayat al-Quran tertentu.
Selain itu, ketokohan Mat Sabu sebagai pemimpin masyarakat sudah diketahui umum, walaupun sekarang tidak menjadi ADUN atau Ahli Parlimen.  Pengalaman bertahun-tahun sebagai ahli parlimen sebelum ini telah menjadikan Mat Sabu seorang yang popular dan disenangi masyarakat.
Maka itu, sewajarnyalah beliau dilantik ke jawatan tersebut seperti mana yang telah dicadangkan oleh Anwar kepada Nik Aziz semalam.
Kedudukan Mat Sabu dalam Majlis Syura Ulama PAS juga sangat penting kerana Majlis itu perlu dibebaskan dari fahaman keagamaan yang kolot dan ketinggalan zaman.  Buktinya, sebagai badan tertinggi PAS, banyak keputusan Majlis tersebut baru-baru ini yang tidak selari dengan prinsip kerjasama dalam Pakatan Rakyat.
Contohnya, dalam soal penggunaan kalimah Allah.
Sementara Presiden PAS, Datuk Seri Abd Hadi Awang sendiri sudah memberikan persetujuan untuk kalimah tersebut digunakan di dalam Bible berbahasa Melayu, Majlis Syura Ulama (dimana Hadi adalah salah seorang ahlinya), membuat keputusan bertentangan.
Seterusnya menimbulkan kekeliruan dan keraguan di kalangan penyokong Pakatan Rakyat.  Bahkan, Pengerusi DAP sendiri, Karpal Singh menyifatkan keputusan Majlis Syura itu sebagai “memperjudikan undi bukan Islam terhadap Pakatan Rakyat“.
Penulis percaya, peranan yang bakal dimainkan Mat Sabu nanti dipercayai mampu memulihkan persepsi rakyat terhadap kemampuan Pakatan Rakyat menerajui negara pasca PRU ke 13 nanti.
Nasib baik bagi kita semua, ahli Majlis Syura PAS tidak dipilih secara demokrasi seperti mana Ahli Jawatankuasa Pusat, tapi perlembagaan PAS seperti dinyatakan di atas, selain sokongan penuh Mursyidul Am.  Dengan hubungan erat antara Anwar dan Nik Aziz kebelakangan ini, penulis percaya, Mat Sabu akan di lantik ke jawatan tersebut.
Kalau Nik Aziz boleh memecat Nasharudin setelah mendapat nasihat Anwar, kenapa Mat Sabu tidak boleh dilantik bagi menggantikannya?  Logik mudah.
Penulis berharap dengan kehadiran Mat Sabu, Majlis Syura Ulama PAS selepas ini mampu bertindak lebih baik lagi dalam meningkatkan martabat Pakatan Rakyat dan PAS sendiri di mata masyarakat. - Suara Pakatan Rakyat
** Mesti ahli-ahli PAS gembira gila kan bila Mat Sabu dilantik menjadi Ahli Majlis Syura PAS menggantikan Ustaz Nasha...Takbirrr

7 comments:

Anonymous said...

Hancur lah Pas...ahhahahaha

Anonymous said...

Temberang budak tadika boleh le...

Anonymous said...

take beer

Anonymous said...

Boleh Tukar nama kpd Majlis Asmara

Anonymous said...

MAT Sabu nak serta Majlis Syura?. Ni penyokong kuat anuwar...Pas sendiri dah ikut telunjuk anuwar.. lepas ni kalu siDUNGu tu maslis syura.. alamat majlis ulamak dah berkuburlah... apa kelayakan Mat Sabu.. selain kaki fitnah... dan temberang..

Anonymous said...

power cara admin menghentam. berhemah tp pedas. dush dush depa kna. hahaha

Anonymous said...

Sikit lagi Majlis Syura PAS akn disertai oleh Ostazah Abby Abady sebagai mewakili muslimat.Yahoooooooooooo!

Post a Comment

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.