Thursday, January 17, 2013

SAYA BUKAN AHLI NUJUM...TAPI....- TUN M



Sambil berkata beliau bukan "ahli nujum", bekas  Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengingatkan orang Melayu agar tidak memisahkan diri dengan perubahan yang berlaku pada hari ini jika tidak mahu hak mereka diambil alih pihak lain.

Bercakap pada program Bicara Minda Tun Dr Mahathir Mohamad di Kompleks Kumpulan Media Karangkraf di sini petang ini, bekas Presiden Umno ini berkata demikian apabila menjadikan keadaan orang Melayu pada zaman penjajahan British sebagai contoh.

"Ketika itu British bawa cara hidup baru, jenis kegiatan ekonomi yang baru," katanya.

Beliau yang melepaskan jawatan Perdana Menteri pada Oktober 2003 berkata, "kita  asingkan diri dari keadaan yang berlaku dengan keadaan sekeliling kita."

"Kita pilih tidak terlibat dengan apa yang berlaku dengan sekeliling kita. Oleh kerana British dah benar masuk orang asing, dan mereka datang dengan banyaknya.

"Mungkin ramai yang tida setuju dengan pendapat saya tapi inilah pemerhatian saya, saya masih ada pada zaman budak, saya dapat lihat,  apabila orang Melayu memisahkan diri dari perkembangan politik dan ekonomi dengan masyarakat pada zaman pemerintahan British," katanya.

Program Bicara Minda kali ini bertajuk "Masa Depan Melayu, Islam Selepas PRU13".

Sempena program ini beliau turut melancarkan buku tulisan Tan Sri Abdullah Ahmad, Berani Tanpa Segan.

Dr Mahathir berkata, walaupun ketika itu Semenanjung Malaysia diiktiraf oleh dunia, tetapi ramai yang tidak respons dengan keadaan situasi semasa.

Katanya, beliau bukan ahli nujum untuk membuat gambaran pada masa hadapan, tetapi itu adalah hasil pemerhatiannya selama ini.

"Saya bukan nujum, walapun ramai kata saya 'kamus'.

"Berasaskan apa yang saya lihat sekarang dan pengalaman saya sebelum ini.

"Kita harus tahu keadaan sekarang dan pengalaman terdahulu, dengan itu kita boleh buat jangkaan dengan aliran hari ini," katanya.

2 comments:

Anonymous said...

Nasihat dan kiasan daripada Tun Dr.Mahathir adalah utk org Melayu berfikir dimasa hadapan..

ZoRRo...

Anonymous said...

aku masih ingat lagi masa aku kecik2 dulu dimana aku selalu dengar orang tua2 berbual pasal POLITIK.apabila NEGARA ini ditimpa masaalah mereka sentiasa menyalahkan BRITISH.kerana mereka tahu setiap masaalah yang menimpa negara ini adalah berpunca dari negara luar.mereka tak pernah menyalahkan kerajaan negara ini.semasa BRITISH menjajah negara ini mereka2[orang tua ini masih muda lagi]ada dan menyaksi dan merasai sendiri berapa teruknya berada dibawah jajahan british.

Post a Comment

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.