Thursday, January 3, 2013



Pelakon Zarina Anjoulie yang pernah membintangi siri drama Anak Pontianak telah dibawa ke Kompleks Penjara Kajang selepas tiada ahli keluarganya yang datang untuk mengikat jamin aktres tersebut sehingga pukul empat petang Rabu atas pertuduhan memiliki dadah.

Menurut laporan Harian Metro, Zarina, 27, dikenakan ikat jamin sebanyak RM2,000 oleh Majistret Nazri Omran dengan syarat penjamin daripada ahli keluarga dan sebutan semula kes pada 8 Februari ini.

Rakan lelakinya iaitu Mohamad Fakhruzaim Mohamad Fawzi, 27, bagaimanapun dibebaskan selepas dijamin oleh abangnya.

Sebelum itu kedua-dua mereka mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini atas pertuduhan memiliko dua biji pil iaitu dadah disyaki Erimin 5 anggaran seberat 0.6 gram, empat hari lalu.


Zarina dan Mohamad Fakhruzaim bersama-sama didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah kediaman di Jalan PJU 10/1C Damansara Damai, di sini, pada 5.30 petang, 30 Disember lepas.

Kedua-dua mereka yang juga penuntut kolej swasta didakwa mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 12(3) akta sama, dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan, yang membawa hukuman maksimum penjara lima tahun atau denda RM100,000 atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan. - MSTAR

**Kesian Zarina..kena penjara sampai tarikh perbicaraan...mungkin ibubapanya pun dah bosan dengan perangainya kot..



3 comments:

Anonymous said...

bagus la...penginapan dan makan minum disediakan oleh pihak berkuasa...klau dia sokong pas mesti dia dah ada pakej shorga mana dia bleh pilih...

heheheheh...

pejuang hamas...

Melayu Raya said...

patut tobatla dan jagan taubuat saja..

lebai putih said...

nanti kalau kena penjara lepas keluar terus masuk pas sbb marah kerajaan penjarankan dia, bolehlah hapus dosa, jadi ostazah segera, ada lesen kutuk, mahi hamun polis, hakim, penjara, pas tu boleh bina rumah di syurga sbb dah join pas, lepas tu kutuk rakan artis kata duit jadi artis haram, pas tu kafirkan org sokong BN UMNO

Post a Comment

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.