Thursday, January 31, 2013


Mak aiii...dah bertambah-tambah kuasa Nicky Aziz nampaknya..HEBAT...Kalau dulu dia hanya mampu kafirkan umat Islam dan beri jaminan siapa masuk SYOORGA...tapi sekarang dan dah dinaikkan pangkat jaga Neraka plak..

Inilah kuasa ajaib yang diperolehi oleh Nicky Aziz setelah melakukan perjanjian dengan Syaitan... Hanya kerana menafikan hak kerajaan PAS Kelantan...Nicky Aziz boleh humban seseorang itu masuk neraka...TAKUTNYA...




"Menteri itu akan masuk neraka, tidak ada kuasa yang boleh menyekat dia masuk neraka kecuali syafaat Nabi Muhammad SAW."

Seolah-olah mempunyai kuasa menentukan balasan seseorang, Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat 'memutuskan' bahawa menteri yang bertanggunjawab dalam agihan royalti minyak kepada negeri akan masuk neraka kerana dakwanya telah menafikan hak kerajaan Pas Kelantan.

Biarpun tidak menyebut dengan khusus nama menteri yang dimaksudkan, dapat difahami bahawa beliau merujuk kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak selaku Menteri Kewangan.

Nik Abdul Aziz mempertikai kenapa royalti minyak tidak diserahkan kepada kerajaan Pas Kelantan sedangkan mereka dengan mudah telah mendapat habuan daripada perlombongan emas yang diusahakan sebuah syarikat dari negara Cina.

"Sepatutnya emas dan petrol sama sahaja, sama-sama milik kerajaan negeri, kenapa emas diberi kepada kita tetapi petrol tidak diberi?

"Orang ini bertanggungjawab dunia akhirat, dan dia kena sumpah, rakyat sumpah kepada menteri-menteri yang tidak bertanggungjawab jaga royalti, akhirat kelak dia akan masuk neraka, tidak ada kuasa boleh sekat menteri ini masuk neraka kecuali syafaat Nabi Muhammad SAW.

"Royalti baik, balak baik, ia sama ada boleh bawa kita ke syurga atau ke neraka, ini masalah besar, golongan sekular tidak fikir masalah syurga neraka, sedangkan benda itu benda ada, kerana syurga neraka ini bukan projek kerajaan, bukan projek parti, tapi daripada Allah," katanya di sini hari ini.utusan

5 comments:

Anonymous said...

Aku nok kan syurga sebab tu aku bagi balak kat cina dap perak. Melayu kelate tok leh marak kat aku sebab aku bagi syurga pada mereka jadi adilla kalu aku bagi balak (dunia) pada cina dap perak tu........

Anonymous said...

NIK AZIZ LAMBANG KEKUATAN SEMANGAT JIHAD ULAMAK SIDDIQIN.... NAK LAWAN KHURAFAT & TAHYUL KUASA FASIK UMNO YANG DAKWA DIRI HANYA UMNO SAJA “PENYELAMAT MELAYU” DAN “PEMBERI REZEKI” KEPADA RAKYAT TUUU.......

MELAYU SONGSANG YANG BERAKIDAH DENGAN UMNO –PENYELAMAT MELAYU BUKANNYA ALLAH........................

PRU13..... UNDI ABU...... HAPUS KESYIRIKAN MELAYU DENGAN UMNO......

Anonymous said...

Haha..klu dh dlm undg2 klantan x layak dpt royalti maknenye bkn hak klantan..tahniah dato najib krn meletakkan hak pd tmptnye..

dregon said...

2 bukan pic owg tua bioll ke?yg sesat kn orang2 ISLAM?

dregon said...

2 bukan pic owg tua bioll ke?yg sesat kn orang2 ISLAM?

Post a Comment

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.