HOT : TAHNIAH PAS KERANA MEMBIARKAN ANWAR HINA KEPUTUSAN MAJLIS SYURA...


Tahniah PAS!!!...Nampaknya Majlis Syura DAP lebih berkuasa daripada Majlis Syura PAS dalam Pakatan Rakyat untuk menentukan penggunaan isu Kalimah Allah bagi orang bukan Islam..



Ketua Umum Pakatan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menegaskan, perikatan pembangkang itu tetap dengan pendirian yang diputuskan oleh Majlis Pimpinan Presiden 8 Januari lalu bersabit isu penggunaan kalimah ALLAH dalam Bible versi bahasa Melayu.

Meskipun begitu kata Anwar, pihaknya tidak menolak untuk mengadakan sebarang perbincangan susulan berikutan keputusan Majlis Syura Pas.

"Boleh, kenapa tak boleh bincang. Tapi setakat ini tidak timbul. Setakat ini, ini pendirian Pakatan Rakyat berdasarkan kenyataan yang dibentangkan oleh Hadi Awang dalam mesyuarat Pakatan Rakyat yang lalu (8 Januari)," kata beliau pada sidang media di ibu pejabat PKR di sini, hari ini.

Awal minggu lalu, Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menggesa semua pihak termasuk pimpinan PR menerima keputusan Majlis Syura bahawa kalimah ALLAH tidak boleh digunakan oleh bukan Islam.

Nik Aziz berkata, perkara itu tidak perlu ditimbulkan semula setelah Majlis Syura menetapkan larangan penggunaan kalimah yang eksklusif bagi orang Islam itu diterjemahkan mana-mana kitab agama bukan Islam kerana salah dari segi maknanya.

Majlis Syura membuat keputusannya pada mesyuarat 13 Januari.

Menurut Anwar, pihaknya bagaimanapun tetap dengan kenyataan yang dibentangkan oleh Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebelum ini di mana kalimah ALLAH boleh digunakan selagi ia tidak disalahgunakan.


HOT : TAHNIAH PAS KERANA MEMBIARKAN ANWAR HINA KEPUTUSAN MAJLIS SYURA... HOT : TAHNIAH PAS KERANA MEMBIARKAN ANWAR HINA KEPUTUSAN MAJLIS SYURA... Reviewed by Empayar Pemuda on 3:30 PM Rating: 5

No comments:

Popular

Powered by Blogger.