Tuesday, January 1, 2013



ADUN Kulim Bandar Baharu, Datuk Zulkifli Nordin hari ini membidas Datuk Seri Anwar Ibrahim dan kepimpinan Pas ekoran pendirian yang tidak tetap dan berubah-ubah dalam isu kalimah penggunaan nama Allah untuk penganut Kristian yang cuba ditimbulkan semula oleh Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng baru-baru ini.

Menurut beliau, isu kalimah Allah ini bukanlah satu isu politik, tetapi ia adalah isu yang berkaitan dengan akidah umat Islam di mana kepimpinan Pakatan Pembangkang yang berbangsa Melayu dan Islam, perlu memgambil pendirian yang tetap tanpa perlu merujuk kepada mana-mana pihak yang bukan Islam.

“Kalau dulu, kepimpinan Pakatan Pembangkang, termasuk Pas bersetuju dengan isu kalimah Allah digunakan oleh orang bukan Islam. Tetapi hari ini, saya lihat Pemuda Pas dan juga Datuk Harun Taib telah menyatakan rasa tidak setuju mereka. Begitu juga dengan Datuk Harun Din yang tetap konsisten dengan pendirianya. Tetapi mengapa Anwar selaku ketua dalam Pakatan, buat kenyataan perkara ini akan dibincangkan semula?

Saya nak tanya pada Anwar, apakah isu kalimah Allah ini beliau nak rujuk dulu pada Karpal Singh atau Lim Guan Eng? Apakah beliau perlu merujuk kepada dua individu ini baru nak ambil pendirian tetap tentang soal ini? Sekali lagi saya tegaskan, ini bukan soal politik tetapi soal akidah. Apakah soal akidah umat Islam, kita perlu rujuk pada orang bukan Islam?,” tegas beliau kepada UMNO-Online di sini hari ini.

Tambahnya lagi, sekiranya dalam isu asas dan fundamental seperti ini pun tidak mampu di tangani oleh kepimpinan Pakatan Pembangkang terutamanya Datuk Seri Anwar Ibrahim, bagaimana mereka mahu menghadapi isu-isu yang lebih mencabar kelak sekiranya ditakdirkan Pakatan menguasai kerajaan?

“Sebab itu jelas, kepimpinan Pakatan Pembangkang tidak layak dan tidak mampu untuk mentadbir negara. Dalam isu seperti ini pun, mereka tidak mampu untuk mengambil satu ketetapan. Kepimpinan Pakatan memang tidak tetap pendirian dan sentiasa berubah-berubah mengikut kepentingan politik mereka.

“Saya harap rakyat tidak tertipu dengan permainan politik mereka. Pakatan sebenarnya tidak ada kesepakatan. Bahkan mereka juga tidak ada pendirian. Kenyataan atau janji mereka boleh berubah dari masa ke semasa dan saya yakin, rakyat sudah mula nampak dan menyedari perkara ini terutama di negeri yang diperintah oleh Pakatan Pembangkang,” jelasnya. -MediaUMNO

3 comments:

Anonymous said...

Napelah orang melayu semenanjung ni tak habis-habis nak bercakaran tentang isu ni sahaja. Kami di BORNEO dah berpuluh-puluh tahun orang kristian gunakan perkataan ini dalam kitab mereka tidak juga kami terpengaruh dengannya. Malah kami saling menghormati kepercayaan agama masing-masing. Dalam sebuah rumahpun kami masih mampu duduk dengan aman damai sekalipun isi rumah ada yang Islam, Kristian dan pagan.

Anonymous said...

Bg yg amalkan pluralism mmg x de masalah.kawin islam dgn bkn islam pun selamba je.

Kita ckp psl akidah. Allah adalah tuhan bg org islam yg agama lain nak guna psl apa. Islam tu islam la mn blh sama dgn agama lain

Anonymous said...

allah dh kata setiap perbalahan ada penyelesaian tapi bila dah taksub kuasa & politik yang bijak & cerdik jadi buat2 tak nmpak jalan tu. Ikhlaslah selesai demi rpt kn ukhwah kita

Post a Comment

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.