Friday, January 18, 2013

HOT : SHAARNAZ KECEWA DENGAN ND LALA??


Hasrat pelakon, Shaarnaz Ahmad, 28, untuk menghantar rombongan merisik kekasihnya, Shila Amzah, 23, sedikit terganggu berikutan bapa penyanyi itu, ND Lala mahu anaknya menumpukan perhatian kepada karier terlebih dulu. 

Ketika dihubungi Shaarnaz mengakui berhadapan masalah itu dan tidak menyangka keputusan yang dibuat bapa penyanyi terbabit sedangkan perancangan merisik kekasihnya itu hanya kira-kira sebulan lebih lagi.

“Sebelum ini persetujuan telah dicapai antara Shila dan bapanya, untuk menyaksikan Mac 2013 adalah waktu sesuai untuk kedua-dua pihak menentukan arah tuju hubungan ini. Namun, saya tidak menduga akan keputusan yang dibuat bapanya itu,” katanya bingung.
Menurut Shaarnaz, perancangan mendirikan rumah tangga bersama pemenang Asian Wave 2012 itu adalah pada Januari 2014 memandangkan usianya sekarang telah mencecah 28 tahun. 

“Sekarang saya menyerahkan segala-galanya kepada takdir, lagipun niat ini ikhlas mendirikan rumah tangga,” katanya mengharapkan ikatan cinta dengan Shila sejak dua tahun lalu terikat menerusi perkahwinan.
Bagaimanapun Shaarnaz berkata, dia tetap dengan keputusan untuk menghantar rombongan merisik itu dan segala keputusan terserah kepada keluarga kekasihnya. 

“Diharapkan pertemuan pada Mac ini adalah detik manis buat keluarga saya dan Shila untuk mengenali, seterusnya menetapkan tarikh pernikahan sebenar,” katanya memaklumkan keluarganya sudah mengenali keluarga Shila sebelum ini.

Ayah kepada Shila iaitu ND Lala sebelum ini membuat kenyataan pada media bahawa dia mahu anaknya menumpukan perhatian pada karier sebelum mendirikan rumah tangga.

Ketika dihubungi, ND Lala tidak menjawab talian namun dia mengirimkan mesej menyatakan dia dan anaknya kini berada di Shanghai, China untuk rakaman program televisyen di negara itu. 

“Masa ini tak sesuai… nanti kami balik ke hotel kami akan terangkan,” katanya. 

Sementara itu, Shaarnaz yang dikatakan mengongkong Shila sehingga mengundang kemarahan 400,000 peminat penyanyi itu di Twitter menafikan tuduhan itu. 

“Kalau saya kongkong dia (Shila), takkanlah sampai sekarang dia masih bernyanyi. Apa-apapun, saya memohon maaf sekiranya berbuat demikian,” katanya.
- FORBLOGGER

0 comments:

Post a Comment

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.