Monday, January 7, 2013



Barisan Nasional (BN) Pulau Pinang mahu DAP mengadakan semula pemilihan bagi Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) bagi membuktikan bahawa parti itu benar-benar mengamalkan prinsip "Cekap,Akauntabiliti dan Telus" (CAT).
Pengerusi Perang Saraf BN Pulau Pinang Datuk Dr J. Loga Bala Mohan berkata sehubungan dengan itu kesemua anggota CEC yang telah terpilih pada pemilihan parti Disember lepas perlu meletak jawatan.
"Mereka harus bertanggungjawab atas apa juga kesilapan yang berlaku, kesemuamereka 20 anggota CEC perlu letak jawatan dan buat pemilihan semula bagi mengembalikan keyakinan rakyat.
"Itu sahaja yang perlu mereka lakukan dan tidak perlu lakukan yang lain, buktikan bahawa mereka mengamalkan prinsip CAT yang dilaung-laungkan selama ini," katanya kepada pemberita di sini Ahad.
Beliau mengulas mengenai isu kesilapan teknikal dalam pengiraan undi yangmenimbulkan kontroversi cukup besar dengan pelbagai pihak yakin bahawa ia dibuatsemata-mata bagi membolehkan orang Melayu tersenarai sebagai anggota CEC parti itu.
Kontroversi itu timbul ekoran DAP membuat pindaan selepas 19 hari keputusan pemilihan CEC diumumkan pada 15 Dis lepas dan tiada orang Melayu menang dalampemilihan itu.
Pindaan keputusan pemilihan CEC itu didakwa menunjukkan DAP tertekan dalam usaha membuktikan parti itu pelbagai kaum.
Sementara itu Ketua Wanita MCA Tan Cheng Liang mahu Ketua Menteri Pulau Pinang yang juga Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng bertanggungjawab atas kontroversi yang berlaku dan tidak meletakkan kesalahan pada orang lain.
"Beliau (Lim) sebagai setiausaha agung parti perlu bertanggungjawab, janganselalu menyalahkan orang lain, dan jangan suruh orang lain letak jawatan. Apa yang berlaku ini adalah sesuatu yang melucukan," katanya.
Baru-baru ini DAP mengakui berlaku kesilapan dalam pengiraan undi semasapemilihan jawatan CEC pada Disember lalu dan menerusi keputusan yang dipinda itu, Zairil Khir Johari yang pada mulanya berada pada kedudukan 39, kini menduduki kedudukan 20, sekali gus terpilih sebagai anggota CEC.
Vincent Wu, yang pada mulanya mendapat tempat keenam dengan 1,202 undi, telah jatuh ke tempat ke-26 kerana parti itu mendakwa beliau sebenarnya hanya meraih 669 undi.BERNAMA

0 comments:

Post a Comment

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.