HOT : NIK AZIZ ARAH MAJLIS SYURA PAS TARIK BALIK KEPUTUSAN HADI AWANG....



Bila ahli PAS dan rakyat Kelantan mula mengamuk dan bersuara mengenai isu kalimah Allah ini..barulah PAS nak mula mengelabah nak betulkan keadaan kerana takut kehilangan undi...

PAS Kaji Semula Pendirian Dalam Isu Kalimah Allah 
Akibat perbezaan pendapat antara pemimpin PAS dalam isu penggunaan kalimah 'Allah' dalam Bible Bahasa Malaysia, Majlis Syura akan menilai kembali pendirian parti yang membenarkan penganut bukan Islam menggunakannya, kata Timbalan Ketua Dewan Ulama PAS, Datuk Dr Mahfodz Mohamed.
Beliau berkata Majlis Syura, merupakan sayap tertinggi dalam parti itu, akan campur tangan dan menilai kembali keputusan yang telah dibuat kerana ramai pemimpin menentang penggunaan kalimah Allah oleh penganut bukan Islam. SETERUSNYA

Rata-rata masyarakat Islam di Kelantan membantah keras dan tidak bersetuju kalimah Allah digunakan orang bukan Islam, termasuk dalam Bible versi Melayu.
Mereka mahu kerajaan bertindak tegas dan tidak berkompromi dengan kalangan yang cuba menyalahgunakan kalimah itu termasuk bagi kepentingan politik.
Menurut mereka, ini kerana ia sudah termaktub dalam perlembagaan negara di mana agama Islam adalah agama rasmi persekutuan dan kalimah itu adalah hak eksklusif umat Islam.
Kerajaan tidak harus tunduk kepada tekanan pihak tertentu dalam penggunaan kalimah itu. Kerajaan harus melihat dari sudut jangka panjang jika kalimah itu dipergunakan oleh agama lain, terutama masa depan agama Islam sendir.
Baru-baru ini, Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng dilaporkan membangkitkan semula isu kalimah Allah melalui laman blognya dengan menggesa kerajaan pusat membenarkan penganut Kristian di Semenanjung menggunakan kalimah Allah dalam Bible versi Bahasa Melayu.
Mufti Kerajaan Kelantan Datuk Mohamad Shukri Mohamad hari ini dilaporkan berkata kalimah itu tidak boleh digunakan oleh agama lain sebagaimana termaktub dalam enakmen kawalan pengembangan agama asing terhadap orang Islam yang diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan sejak 1981.
Ia juga diterima pakai oleh Enakmen Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) (pindaan 1994).
Seorang guru pendidikan Islam di Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) Kelantan Ab Rahim Hussein berkata kerajaan harus melihat tujuan di sebalik penggunaan kalimah itu.
“Saya yakin mereka yang cuba mempertahankan isu penggunaan kalimah itu mempunyai kepentingan tertentu, sama ada dari segi politik dan agama,” katanya.
Pegawai agama Islam di Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) Kelantan Md
Shukri Abdul Rahman berkata pihak berkuasa harus melihat tujuan penggunaan kalimah itu sama ada berniat ikhlas atau ada muslihat lain.
“Ini disebabkan adanya muslihat tertentu menyebabkan wujud percanggahan pendapat, terutamanya di kalangan pemimpin politik,” katanya. — Bernama
HOT : NIK AZIZ ARAH MAJLIS SYURA PAS TARIK BALIK KEPUTUSAN HADI AWANG.... HOT : NIK AZIZ ARAH MAJLIS SYURA PAS TARIK BALIK KEPUTUSAN HADI AWANG.... Reviewed by Empayar Pemuda on 5:07 PM Rating: 5

7 comments:

  1. Padan muka mereka percaya sangat dengan Ularmak mereka!

    ReplyDelete
  2. Bukan setakat Ularmak malah Ularbiawakmak.

    ReplyDelete
  3. Tolak PR dlm PRU13 ni. Satu undi untuk PR adalah satu undi untuk PAS-pis-pus, DAPpigs, P'Gay'R dan satu undi untuk tuhan 'Allah Trinity' DAPpigs mereka tu. Jangan kita gadaikan masa depan anak-anak dan cucu kita dengan memangkah parti-parti yang bersekongkol bawah PR dlm PRU13 nanti.....

    ReplyDelete
  4. Pok Nik memang lebih "power"nya dari Hadi Awang. Hj Hadi sebenar "Pak Pacak" aje

    ReplyDelete
  5. Kalau Hadi Pak Pacak, siapa pula Abang Pacak ?

    Sila jawab soalan Cepumas.

    ReplyDelete
  6. aku takut nik aziz ni penyamar macam org alim tapi sebenarnya di bayar sebagai talibarut si kapir2 ni utk menyesatkan agama islam di malaysia ni

    ReplyDelete
  7. maklumle tipu daya syaitan yg paling halus dan berkesan pun adalah melalui org2 alim juga

    ReplyDelete

Popular

Powered by Blogger.