Thursday, January 3, 2013



Siapa sangka, si ulat buku yang cantik Carey Ng, 23 telah dinobatkan sebagai Ratu Malaysia Universe 2013 yang telah diumumkan pada pertandingan peringkat akhir pencarian itu malam semalam.

Graduan senibina itu telah mengalahkan 15 peserta yang lain dalam majlis penuh glamor yang telah diadakan di Setia City Convention Centre, Shah Alam.

Bercakap kepada pihak media selepas pertadingan berkenaan, Carey Ng berkata dia tidak pernah terfikir untuk memenangi pertandingan berkenaan bagaimanapun menjadikan kejayaannya itu sebagai platfom untuk tampil lebih berkeyakinan.

Selain gelaran Ratu Universe Malaysia 2013, Carey Ng membawa pulang mahkota mutiara bernilai RM500,000 tajaan Rafflesia Pearls Centre, biasiswa daripada Universiti Limkokwing dan wang tunai berjumlah RM48,000 cash.

Selepas ini Carey Ng perlu membawa tanggungjawabnya sebagai Ratu Malaysia Universe dan dia menanam keinginan untuk bekerja dengan badan bukan kerajaan berkaitan pembangunan dan kemasyarakatan untuk membantu menyediakan rumah asas kepada orang ramai.

Tempat kedua mahkota Ratu Malaysia Universe 2013 telah dimenangi Natalie Ng, 24, May Salitah,24, (ketiga) manakala Symren Kaur,20, tempat keempat.

Seperti juga bekas Ratu Malaysia Universe yang terdahulu adalah Kimberly Leggett, Nadine Ann Thomas dan Deborah Henry. Ratu cantik baru pertandingan berkenaan akan diterbangkan ke Amerika Syarikat bagi mewakili negara dalam pertandingan Ratu Universe.











2 comments:

Anonymous said...

peeegggghh .. Bapak Anu pasti tergelincir ...

Anonymous said...

x cantek sgt pun....biase2 jer.....'nurul izzah' lagi cantek....(uwekkkkkkkk...nak muntah aku.....)

Post a Comment

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.