Sunday, January 13, 2013



Barisan Nasional (BN) yakin dapat menawan semula negeri yang kini ditadbir pembangkang termasuk Pulau Pinang, pada pilihan raya umum ke-13 ini.
Ketua Penerangan Umno Datuk Ahmad Maslan berkata keyakinan itu bersandarkan kejayaan pelbagai inisiatif Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bagi mengembalikan keyakinan rakyat terhadap kerajaan BN.
"Dulu kalah di pelbagai tempat sebab ada tsunami politik. Sekarang ini telah dihentikan Datuk Seri Najib, Tan Sri Muhyiddin (Yassin) dan seluruh pasukan dengan pelbagai produk 1Malaysia yang ada 20 jenama untuk semua kumpulan.
"Kita ada NKRA (Bidang Keberhasilan Utama Negara), NKEA (Bidang Ekonomi Utama Negara), pelbagai program transformasi seperti transformasi kerajaan, ekonomi, luar bandar, politik dan digital. Program turun padang, tinjauan mesra...semuanya ini amat digemari oleh rakyat," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Focus Group Youth Sports Challenge, di sini, Ahad.
Selain itu, Ahmad yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, berkata pelbagai isu yang melanda negeri di bawah kuasa pembangkang juga memberi nilai tambah kepada perjuangan BN.
"Tidak ada perkara yang mustahil dalam politik. Dulu kita (BN) memerintah (di negeri terbabit), sekarang mereka (pembangkang) memerintah. Selepas ini kita pula yang akan memerintah," katanya.
Program Focus Group Youth Sports Challenge anjuran Majlis Pembangunan Bumiputera Pulau Pinang itu memberi peluang kepada golongan belia menyertai pelbagai aktiviti sukan antaranya futsal, paintball, bola jaring dan sepak raga tuju. BERNAMA

1 comments:

Anonymous said...

1 Malaysia bulak!!! Kamek urang sarawak agik merinsak hidup. Bumi kamek kaya dengan minyak, gas, kayu balak, arang batu dll, kenak sik bantu kamek. Abis hasil mahsul Sarawak di makan kitak di semenanjung. Penduduk negeri kamek seminak 2 juta lebih ajak, tapi 60% pendapatan bawah RM1,000 sebulan. Barang semua mahal berbanding dengan di Semenanjung. Udahlah negeri besar, bajet ciput ajak setiap tahun. Bajet 2013 lebih 250 bilion, kenak sik berik 5 bilion nak buat jalan bagus di sarawak. Cukuplah 50 tahun kamek tolong menangkan BN di Sarawak. Kali tuk janganlah salahkan urang sarawak jika BN lebur jadi debu!!!

Post a Comment

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.