Friday, January 4, 2013


Saya begitu terpanggil untuk memberi sedikit ulasan terhadap paparan beberapa portal yang menyentuh kenyataan Mohamad Sabu (Mat Sabu), Timbalan Presiden Pas mengenai kalimah ALLAH hari ini. Portal-portal berkenaan telah memetik kenyataan Mat Sabu bahawa Pas menyokong dan mengizinkan orang bukan Islam menggunakan kalimah ALLAH.

Pandangan Mat Sabu tersebut dilihat sebagai pandangan rasmi parti itu terhadap isu kalimah ALLAH. Pandangan Pas ini sekali gus merestui permintaan Lim Guan Eng dalam ucapan sambutan Krismasnya baru-baru ini.

Seperti yang diketahui, hanya beberapa hari yang lalu pimpinan tertinggi Pas iaitu Setiausaha Agungnya DatukMustafa Ali, Ketua Penerangan Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan Pesuruhjaya Pas Negeri Selangor, Dr Rani Osman telah menjelaskan bahawa kalimah ALLAH hanya layak diguna oleh orang Islam. Bagi agama yang bukan Islam mereka seharusnya menggunakan “God” yang membawa makna Tuhan. Pemakaian “God” untuk Tuhan memang telah digunakan sejak awal tanpa menimbulkan apa-apa masalah.

Sebelum ini, waktu isu kalimah ALLAH hangat diperkatakan Timbalan Mursyidul Am, Datuk Dr harun Din telah membuat satu penegasan bahawa orang Islam yang mencadang dan menyokong penggunaan kalimah ALLAH oleh masyarakat bukan Islam, mereka telah melakukan perbuatan syirik dan kufur.

Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Harun Taib juga dengan tegas melarang penganut bukan Islam menggunakan kalimah ALLAH kerana kalimah tersebut adalah hak mutlak orang Islam dan sama sekali tidak boleh digunakan untuk merujuk tuhan-tuhan yang lain selain ALLAH Yang Maha Esa.

Sukar bagi kita menggambarkan bagaimana bercelarunya ahli dan penyokong Pas dan masyarakat Islam di negara ini. Tak cukup dengan kekeliruan Amanat Hadi Awang ditambah pula dengan kecamukan pandangan pimpinan tertinggi parti tersebut dalam isu yang sangat besar yang melibatkan akidah umat Islam.

Jelas kepada kita bahawa pengaruh Anwarinas atau parasit begitu hebat. Apa sahaja permintaan DAP dan PKR seperti kalimah ALLAH diraikan sedemikian rupa. Sementara Presiden Pas yang setiap hari diasak untuk menarik balik Amanatnya pada tahun 1981 itu dibiarkan keseorangan. Sehingga kini tidak seorang pun pimpinan tertinggi Pas terutamanya kumpulan parasit yang tampil membela presiden mereka.

Pimpinan tertinggi Pas yang dikuasai golongan parasit dilihat sentiasa bersedia memberi laluan kepada apa sahaja tuntutan DAP dan PKR termasuk perkara-perkara yang melibatkan akidah. Tidak syak lagi pendekatan akomodatif parasit-parasit itu bermotifkan politik demi meraih keuntungan politik.

Ahli dan penyokong Pas mungkin sudah lama menyedari hakikat bahawa penguasaan parasit dalam Pas telah membawa satu budaya baru dalam parti itu. Kini penghormatan yang selama ini diberi kepada golongan ulama dalam parti itu sudah dicemari. Kesan budaya baru ini kepada keutuhan parti amat besar lantaran seperti yang diketahui, Pas masih mengekalkan slogan Kepimpinan Ulamanya.


Datuk Dr Hasan Mohd Ali, Presiden Jati

6 comments:

Anonymous said...

ularmak tertinggi pas TG dan ulamraja tertinggi pas mat sabun sokong kristian guna kalimah Allah apa nak jadi dgn pas ni.. dah semakin jauh tersasar/songsanggg...

Berita dari gunung said...

Nak buat macam mana lagi. Dah sepakat dalam pakatan..., hanya untuk pastikan undi China DAP. Strategi pecahkan undi Melayu yang sangat hebat!!

Anonymous said...

Ini semua sebab satu matlamat nak ke Putrajaya punya pasal...so apa yg dia orang buat halal belaka...so apa saja kata puak dalam pakatan semuanya betul belaka...tak ada yg salah..bengong punya pemimpin.

Gagak Emas said...

Orng politik ni akan buat apa saja untuk memuaskan nafsu mereka tak kiralah apa parti pun macam2 dia orng cakap dan dia orng buat cuba kita semak semak semula percakan mereka dan perbuatan mereka tak kira apa parti pun.

Gagak Emas said...

AKU DAH MUAK SANGAT DENGAN KELETAH ORANG POLITIK NI BAIK UMNO PAS PKR DAP BEBAS GERAKAN DAN MACAM MACAM JENAMA PARTI LAGI MEREKA NI BUKAN NAK MENOLONG RAKYAT SANGAT DIA ORANG NI MENCARI PELUANG NAK MAKAN RAKYAT BALIK UNTUK MEMBUNCITKAN PERUT MEREKA DENGAN KAUM KELUARGA MEREKA TU JE DAH 56 TAHUN KITA MERDEKA TAK KAN TAK PERASAN JUGA

Anonymous said...

Lepas nie jangan terkejut bila nampak Kalimah Allah besar2 di gereja...

Oh lupa plak jangan terkejut bila dekat kedai2
makan bukan islam dan kedai2 arak ada kalimah ALLAH..

Dah orang PAS bagi lesen nak wat cam mana....

Post a Comment

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.