HOT : MARAH BETUL NIK AZIZ..KENAPA YE??



Tindakan pemimpin Pas yang sering berubah pendirian dalam beberapa isu kebelakangan ini jelas mencalarkan kredibiliti ulama parti itu serta menunjukkan kejahilan mereka kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Mashitah Ibrahim.
   
Sebagai contoh, dalam isu penggunaan kalimah ALLAH dalam Bible versi bahasa Melayu, beliau berkata pemimpin Pas dilihat sering mengubah kenyataan mereka hanya kerana mendapat tentangan hebat daripada sesuatu pihak.
   
"Pemimpin Pas jelas sekali bercakap atas dasar politik dan bukan berdasarkan agama, sebab itu kenyataan mereka boleh berubah-ubah dari semasa ke semasa.
   
"Kalau bercakap ikut dasar agama, mereka perlu bercakap benar walaupun pahit dan tidak disukai pelbagai pihak, dan ini jelas menunjukkan mereka ini tidak jujur kerana berjuang atas tiket politik," katanya kepada pemberita selepas majlis penyampaian sumbangan kepada pondok-pondok di pejabat Yayasan Pembangunan Pondok Malaysia (YPPM) di sini hari ini.
   
Masitah berkata, tindakan pemimpin Pas yang rata-rata adalah ulama cukup mencalarkan kredibiliti mereka yang menggambarkan seolah-olah ulama boleh dipilih atas tiket politik semata-mata.
   
"Ini memberi peluang serta ruang kepada rakyat untuk menilai ulama Pas sama ada mereka benar-benar layak untuk menjadi pemimpin atau hanya berjuang atas dasar politik. Inilah hikmah yang diberikan ALLAH menunjukkan bahawa pemimpin Pas tidak tetap pendirian," katanya.
   
Beliau turut memberi contoh apabila Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mengumumkan buat julung kalinya Kelantan menjadi tuan rumah Majlis Tilawah al-Quran Peringkat Kebangsaan Ke-56 Mei depan, Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sekelip mata menukar pendiriannya yang sebelum ini mengatakan wanita tidak boleh memperdengarkan bacaan al-Quran.
   
"Sekarang mereka membenarkan semula wanita di negeri itu menyertai tilawah al-Quran berbeza dengan pandangan sebelum ini mengatakan suara wanita yang membaca al-Quran secara Taranum adalah aurat," katanya.
   
Ditanya mengenai tindakan Pas menerbit dan mengedar buku Amanat Haji Hadi, Masitah meminta Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang tampil memohon maaf secara terbuka serta menarik balik kenyataan beliau yang terkandung di dalam amanat itu.
   
"Saya difahamkan buku itu hanya diedarkan di kalangan ahli sahaja, namun bagi saya amanat itu bukannya isu politik tetapi boleh memecahbelahkan umat Islam apabila berlaku pertelagahan," katanya. - Bernama
HOT : MARAH BETUL NIK AZIZ..KENAPA YE?? HOT :  MARAH BETUL NIK AZIZ..KENAPA YE?? Reviewed by Empayar Pemuda on 10:01 AM Rating: 5

1 comment:

  1. Ambik kau Nik Aziz dan Hadi Awang satu pukulan hebat dari seorang Wanita bernama Datuk Dr Mashitah Ibrahim.

    ReplyDelete

Popular

Powered by Blogger.