HOT : MAJLIS SYURA TIDAK MAHU BERBINCANG DENGAN ANWAR...


Keputusan Pas berhubung isu kalimah ALLAH mengikut keputusan Majlis Syura adalah muktamad yang berasaskan kepada nas-nas dan syarak.

Setiausaha Majlis Syura, Datuk Nik Zawawi Nik Salleh berkata, ia adalah keputusan terbaik kepada semua agama dan kaum di negara ini.

Menurutnya, semua agama perlu hormati Perlembagaan Malaysia yang meletak Islam sebagai agama rasmi.

“Itu adalah perundangan Islam. Pas anggap isu ini telah selesai dan tidak seharusnya mana-mana umat Islam mempertikaikan perkara ini.

“Keputusan tersebut adalah muktamad dan Pas mewakili umat Islam di Malaysia,” katanya.

Sebelum ini, Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pembangkang tetap dengan pendirian yang diputuskan oleh Majlis Pimpinan Tertinggi Pakatan Rakyat (PR) pada 8 Januari lalu berhubung isu penggunaan kalimah iaitu bukan Islam boleh guna tetapi dengan syarat tidak boleh disalahgunakan.

Anwar berkata, pihaknya tidak menolak untuk mengadakan sebarang perbincangan susulan keputusan Majlis Syura Pas, 13 Januari lalu.

Selepas keputusan Majlis Syura Pas, Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, semua pihak termasuk pimpinan PR menerima keputusan Majlis Syura bahawa kalimah ALLAH tidak boleh digunakan oleh bukan Islam.

Nik Aziz berkata, perkara itu tidak perlu ditimbulkan semula setelah Majlis Syura menetapkan larangan penggunaan kalimah yang eksklusif bagi orang Islam itu diterjemahkan mana-mana kitab agama bukan Islam kerana salah dari segi maknanya.

Katanya, kita tidak boleh menterjemahkan perkataan ALLAH kepada God atau Lord atau sebaliknya.

“Terjemahan itu tidak menggantikan ALLAH yang maha Esa, tidak beranak dan diperanakkan,” katanya.
HOT : MAJLIS SYURA TIDAK MAHU BERBINCANG DENGAN ANWAR... HOT : MAJLIS SYURA TIDAK MAHU BERBINCANG DENGAN ANWAR... Reviewed by Empayar Pemuda on 7:39 AM Rating: 5

5 comments:

  1. “Keputusan tersebut adalah muktamad dan Pas mewakili umat Islam di Malaysia,” katanya.

    nak tanya sikit - sejak bila Pas mewakili umat Islam di Malaysia dan siapa yang iktiraf? Pas adalah parti dan mewakili sebilangan ahlinya SAHAJA. sedangkan Pas tidak dapat hendak terajui pencacainya dengan akidah yang betul, hendak pula mendakwa menjadi wakil umat Islam di Malaysia.

    ReplyDelete
  2. “Keputusan tersebut adalah muktamad dan Pas mewakili umat Islam di Malaysia,” katanya. Aku pun nak tanya juga. bila dia wakili semua umat Islam? Aku tak beri kuasa pada dia pun. Memandai saja.

    ReplyDelete
  3. Aku setuju keputusan itu TAPi tak setuju pas wakli umat islam. Umno lebih sesuai mewakili umat islam kerana lebih ramai umat islam yg bersama umno. Umno takkan kompromi hal agama dengan sesiapa tapi pas sanggup gadai maruah dan agama kerana politik. Siapa lebih sesuai wakili Islam jika tidak umno.

    ReplyDelete
  4. PAS tidak mewakili rakyat semua umat Islam di Msia dan PAS jgn takbur dialah yg mempertahan Islam di Msia.Kita lihat di puak mana dia berada dan sanggup mkm babi dgn kafir dari mkm ayam
    org yg seagama dan sebangsa dgn mereka.

    ReplyDelete
  5. Mewakili Umat Islam Kepala Otak dia. Memecahbelahkan Umat Islam ada la.

    Kalau setakat ulamak politik. Lim Guan Eng pun PAS boleh angkat setaraf dengan Khalifah.

    PAS dari dulu kini dan selamanya membawa kesongsangan dalam agenda politik mereka.

    Gerak langkahnya umpama puak Zionis Yahudi.

    Bila dah bersekongkol dengan Al Juburi maka, langkah PAS semakin sumbang.

    ReplyDelete

Popular

Powered by Blogger.