Thursday, January 31, 2013


Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein hari ini menjelaskan surat arahan yang didakwa kononnya dikeluarkan ibu pejabat Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) meminta pengarah bahagian dan daerah menghantar kad pengenalan yang tidak dituntut dalam masa 18 bulan ke Sabah, adalah surat palsu.
Beliau berkata JPN tidak pernah mengeluarkan surat arahan seumpama itu dan menyifatkan tindakan itu lebih bermotif politik bagi menjejaskan imej kerajaan, lebih-lebih lagi dalam suasana menghadapi pilihan raya umum ke-13.
Justeru katanya satu laporan polis berhubung surat palsu itu akan dibuat Ketua Pengarah JPN Datuk Jariah Mohd Said hari ini.
“Ia merupakan surat palsu, tuduhan yang dibuat oleh pihak tertentu. Itulah suasana landskap politik hari ini. Saya minta orang ramai yang majoritinya tiada kepentingan politik supaya jangan terikut-ikut dengan tuduhan seperti itu,” katanya kepada pemberita selepas menyempurnakan sambutan Hari Imigresen 2012, di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya hari ini.
Semalam, Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar meminta penjelasan JPN serta Kementerian Dalam Negeri (KDN) berhubung surat yang didakwa dikeluarkan pengarah bahagian kad pengenalan JPN kepada semua pengarah negeri dan daerah di seluruh negara.
Menurut Mahfuz, surat arahan yang didakwa ditandatangani Pengarah Bahagian Kad Pengenalan, Md Solehan Omar dari ibu pejabat JPN di Putrajaya bertarikh 14 Disember tahun lepas dan dihantar kepada semua pengarah JPN peringkat negeri dan daerah. – Bernama
** Agak-agaknya boleh tak pihak yang terlibat (JPN dan KDN) menyoal siasat Mahfuz dari mana dia dapat surat yang didakwa dikeluarkan kepada pengarah bahagian kad pengenalan JPN kepada semua pengarah negeri dan daerah di seluruh negara.

2 comments:

Anonymous said...

mahfuz ni kalau diam nampak betul bijaksana.. tapi asal bukak mulut je wat kena gelak je.. dia ni org politik ke penjual ubat.. ada je tindakan bodoh dia.. mcmana la kalu dia dilantik jadi menteri pendidikan atau menteri kesihatan? hahahaha....

Anonymous said...

pihak berwajib perlu bertindak tegas kepada sesiapa saja yang membuat fitnah dan pembohongan untuk meraih undi, contohnya dengan mengenakan sekatan bertanding dalam piliharaya atau menurunkan rating parti yang dianggotainya jika terbukti beliau membuat tuduhan palsu dengan niat memalukan kerajaan. Jika tidak dibuat undang-undang tegas kepada ahli politik cenggini dikhuatiri strateji aini akan digunapakai dengan meluas oleh pihak pembangkang yang dahagakan kuasa dan sanggup berbuat apa saja. Bertindaklah wahai kerajaan jangan jadi penakut membuat undang-undang dan peraturan yang adil dan telus bagi maslahah ummah.

Post a Comment

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.