Tuesday, January 1, 2013



Hari ini, berita hiburan Malaysia dihangatkan dengan penangkapan seorang artis wanita berimej seksi bersama teman lelakinya yang dikatakan positif dadah. Menurut Harian Metro, pelakon filem Anak Pontianak yang juga berkarier sebagai model berusia 26 tahun yang terkenal dengan pelbagai kontroversi ini ditahan polis selepas didapati memiliki dadah di sebuah kondominium mewah di Damansara Damai jam 5.30 petang kelmarin.

Pelakon kontroversi langsing ini ditahan polis Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya, bersama kekasihnya, seorang pengganggur yang juga berusia 26 tahun, kerana memiliki dua pil disyaki Eramin 5 dengan anggaran berat 0.60 gram.

Menurut sumber, pasukan polis menyerbu rumah pelakon ini selepas melakukan intipan sejurus menerima maklumat daripada orang awam mendakwa kedua-dua suspek disyaki terbabit dengan kegiatan penyalahgunaan dadah. Pada mulanya, mereka enggan bekerjasama apabila tidak mahu buka pintu walaupun polis sudah memperkenalkan diri. Selepas pegawai polis mengetuk pintu, pelakon ini membuka pintu tapi segera menutupnya semula selepas menyedari kehadiran polis.

Selepas beberapa lama menunggu, polis terpaksa memecah masuk melalui pintu depan dan melakukan pemeriksaan. Polis menemui seorang lelaki dalam bilik tidur, manakala pelakon wanita terbabit bersembunyi dalam bilik lain.

Pasangan ini menjalani ujian saringan awal dan air kencing mereka didapati positif dadah jenis methamphetamine dan amphetamin.

Sebelum ini, pelakon wanita ini pernah mengaku mengambil dadah jenis ketamin ketika diarahkan menjalami ujian saringan air kencing dalam satu sekatan jalan raya beberapa tahun lalu.

Pelakon seksi ini juga telah mencetuskan kontroversi ditahan bersama rakannya dan mengaku mengambil dadah jenis syabu dalam operasi yang disertai anggota Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Selangor dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Sembilan berhampiran Terminal Penerbangan Tambang Murah (LCCT).

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed berkata, kedua-dua suspek kini ditahan mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan mereka direman tiga hari sehingga esok bagi membantu siasatan.

Semoga berita ini dijadikan pengajaran buat selebriti lain dan kita semua agar menjauhi dadah. Bila dah terkena, barulah menyesal. Tapi pelakon ni memang tak serik-serik. Apa nak jadi daa... Budiey

2 comments:

Anonymous said...

Persantera..hiburan mau pon orang ramai tak perlu ambil kisah hal dia...anggaplah saperti kes biasa..wartawan perlu main peranan dalam memertabatkan sesaorang..jangan suka suka hati nak promote sesaorang ... untuk tatapan masyarakat..

Gagak Emas said...

aku le kalau bab artist ni tak heranlah biarkanlah siluncai terjun dgn labu2nya

Post a Comment

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.