Wednesday, January 2, 2013


Keluarga Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng perlu memberi kebenaran kepada Karpal Singh untuk menjadi saksi dalam perbicaraan kes saman fitnah Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Bekas Exco Angkatan Muda Keadilan (AMK) Malaysia, Afandy Yusof menjelaskan, Karpal sendiri pernah mengakui dalam Parlimen pada tahun 1997 bahawa beliau mempunyai pelbagai bukti yang kukuh mengenai kegiatan liwat Anwar.

"Karpal akan akur kepada perintah keluarga Guan Eng kerana jawatannya sekarang sebagai Pengerusi DAP adalah atas pelantikan Guan Eng," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Sebelum ini, pemimpin Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA) Kedah, Zamil Ibrahim dalam satu kenyataan meminta Karpal dipanggil sebagai saksi dalam perbicaraan kes saman fitnah Anwar terhadap Ahli Dewan Negara, Datuk S. Nallakaruppan dan Utusan Melayu (M) Bhd. (Utusan) yang bermula awal tahun depan.

Anwar memfailkan saman fitnah terhadap Nallakaruppan yang juga bekas rakan karibnya dan Utusan pada 26 Mac tahun lalu ekoran petikan ringkas yang disiarkan oleh Utusan Malaysia pada 20 Mac di muka hadapan bertajuk Anwar biseksual, tak boleh jadi Ketua Pembangkang - Nalla dan berita penuh di muka surat enam bertajuk Nallakaruppan tuduh Anwar biseksual.

Tambah Afandy, pihaknya turut ingin mengetahui adakah status isteri Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Azmin Ali iaitu Shamsidar Taharin, sama popular dengan Ng Phaik Kheng, yang juga bekas kakitangan pejabat Guan Eng.

"Mengapa kedua-dua wanita ini sangat popular dalam parti PKR dan DAP? Dan benarkah Datin Seri Dr. Wan Azizah (isteri Anwar) dan Betty Chew (isteri Guan Eng) kurang senang dengan populariti Shamsidar serta Phaik Kheng," katanya.


0 comments:

Post a Comment

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.