Sunday, January 13, 2013



Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Harun Taib semalam telahpun mengeluarkan kenyataan bahawa kalimah Allah hanya khusus untuk agama Islam, justeru itu agama-agama lain tidak berhak untuk menggunakan kalimah suci tersebut.

Namun, pendapat Harun Taib sama sekali bertentangan dengan dua pemimpin dua pemimpin tertinggi Pas yang bersetuju kalimah Allah boleh digunakan oleh penganut semua agama

Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Mursyidul Am Pas Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat telahpun mengeluarkan kenyataan menyokong akan permintaan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng yang menggesa kerajaan membenarkan penggunaan kalimah tersebut dalam Bible versi bahasa Melayu.

Menurut Ahli Parlimen Parit, Nizar Zakaria, tindakan pemimpin Pas ini jelas menunjukkan bahawa perjuangan parti tersebut telah jauh terpesong sehingga sanggup menggadaikan agama malah turut menolak pandangan ilmuan agama Pas yang tidak menyokong sama sekali kehendak Guang Eng.

“Walaupun para ulama di dalam Pas telahpun bersuara dan Ketua Dewan Ulama Pas juga telah menyuarakan pendapat namun ianya sama sekali tidak diendahkan oleh Hadi Awang dan Nik Aziz. Tindakan mereka ini benar-benar memalukan kita sebagai umat Islam.

“Kalimah Allah adalah kata nama khas untuk orang Islam dan bangsa lain sama sekali tidak ada hak untuk menggunakannya. Tetapi sayangnya, kerana tamakkan kuasa mereka sanggup menggadaikan agama Islam. Tidakkah mereka sedar bahawa tindakan Guan Eng hanyalah sandiwara politik untuk mendapat sokongan bangsa Kristian.,” ujar Nizar.

Tambah Nizar, apalah gunanya diwujudkan Majlis Syura di dalam parti Pas sekiranya pandangan dan pendapat mereka sedikitpun tidak digunapakai.

“Adakah Dewan Ulama ini hanya topeng untuk mengaburi mata penyokong Pas. Sepatutnya Pas harus mendengar pandangan dewan ulama kerana mereka ini terdiri daripada orang yang tinggi ilmu agamanya,” jelas Nizar lagi kepada UMNO-Online.

Nik Aziz dan Hadi Awang sepatutnya malu dengan tindakan mereka menurut kata Guan Eng hanya kerana politik. Mereka harus sedar bahawa sikap mereka ini akan membawa kepada banyak keburukan bukan sahaja di kalangan ahli mereka malah kepada agama Islam itu sendiri.

“Masa inilah orang Islam seharusnya bersatu dan menegakkan pendirian agar agama kita tidak diperkotak katikkan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab. Ini bukan sebab politik tetapi kerana agama Islam itu sendiri… Maruah kita. Isu ini cabar maruah umat Islam,” jelasnya lagi. -MediaUMNO

2 comments:

Anonymous said...

salam:

1)-Allah telah tunjukkan kuasaNya, apbila tidak mengizinkan Kalimah Allah dipermainkan dalam Himpunan itu

2)- SOLAT BERBAGAI ARAH ADALAH TAMSIILAN KECELARUAN HALATUJU DIKALANGAN UMAT ISLAM DIDALAM DIDALAM PAS ( Parti Anjing Suruhan )

3)- PAS Parti Munafik apabila memungkiri Janji yang dimeterai bersama Pihak Polis..

4)- KESIMPULANNYA : Allah telah menggagalkan perhimpunan ini apabila mendedahkan sifat munafik dan menunjuk2 dalam solat Penyokong PR...

5)- KEPADA PENYOKONG UMNO DAN BN, maafkan aku kerana pernah terlibat memfitnah kamu pada suatu masa dulu

ALLAHUAKBAR...KEMENANGAN SEMAKIN HAMPIR..

EX PAS PASIR GUDANG

Anonymous said...

InsyaAllah.. BN menang dgn Majoriti 2/3 pada PRU13..

Tolak Pakatan Haram..
"Manifesto bukan Janji - MB S'gor"

ZoRRo...

Post a Comment

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.