Wednesday, January 2, 2013


EP sangat bersetuju dengan kenyataan yang dibuat oleh Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin dimana tindakan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang ingin bersiaran secara live di televisyen selama sejam bagi menjelaskan isu Amanat Haji Hadi boleh mengundang risiko kepada masyarakat terutamanya pada umat Islam.

Lebih banyak keburukan daripada kebaikan jika penjelasan ini dibuat secara siaran live kerana EP rasa kehadiran Hadi Awang bukan untuk membuat penjelasan atau meminta maaf berhubung amanatnya yang menyebabkan perpecahan dalam kalangan umat Islam di negara ini tetapi lebih kepada mempertahankan mengapa Amanat Haji Hadi dikeluarkan.

Dan sudah semestinya kedua-dua belah pihak akan cuba untuk mempertahankan kenyataan masing-masing dan ini dikhuatiri mampu merosakkan minda pendengar dan seterusnya berupaya menggugat keharmonian dalam masyarakat Islam..

Jika benar Hadi Awang benar-benar ikhlas untuk betulkan keadaan, permintaannya untuk membuat penjelasan secara live boleh diteruskan tetapi dengan syarat...Hadi Awang perlu memberi penjelasan bukan hanya mengikut kandungannya amanatnya tetapi kesengsaraan yang menimpa kehidupan banyak orang Islam setelah amanatnya dikeluarkan...

Yang paling penting penjelasan Hadi Awang mesti melihat dari aspek ilmu dan syariat Islam, bukannya dari aspek politik semata-mata...

Jika tidak. Hadi Awang tidak perlu bersusah payah untuk bersiaran secara live, tetapi cukuplah sekadar membuat penjelasan melalui YouTube, sidang media, blog atau penulisan artikel kerana cara ini dilihat lebih wajar, selamat dan praktikal bagi semua pihak selain dapat hindar sebarang kontroversi yang mungkin timbul...

5 comments:

Anonymous said...

Kalau jujur boleh kluarkan sidang akhbar dan youtube tp sediri gagal mempercayai diri sendiri...

Anonymous said...

Rais Yatim pun satu juga. Apa dia ingat Hadi Awang tu nak keluar TV untuk nak tarik balik Amanat Setan tu kah. Jangan harap lah. Aku berani kata, kalau dia berani mengaku tersilap buat amanat tu, boleh jadi matahari terpadam selama 7 hari kerana terkejut.

Sheikh Tan

Anonymous said...

Kalau betul ikhlas kerana islam. Tak perlu syarat. Terlebih dahulu taubat. Minta maaf kepada mereka yg terinaya kerana membabi buta percaya dan panggil semua stesyen tv akhbar blogers pro & amatur buat sidang akhbar. Straight to the point, jgn munfiq. Dari penganut atas pagar

Anonymous said...

Agreed with KJ...Father Hardy & Father Nicky mesti berguling guling menangis ni...hahahahahaha

Anonymous said...

Memang lembu umguk ni jenis syaitan yang takda telor,apa yang umguk takut sangat ni bahalol sebab dia betul lah dia minta umguk2 semua dengar jangan banyak alasan samdol lembu umguk ada faham

Post a Comment

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.