HOT : GUAN ENG KENA TENDANG....


Pertikaian demi pertikaian berkenaan keputusan pemilihan Jawatankuasa Kerja Pusat (CEC) di kalangan ahli DAP sendiri ibarat membuka pekung parti itu sendiri yang terang-terangan tidak telus dan jujur.

Menurut Pengerusi Badan Perhubungan Negeri UMNO Pulau Pinang, Datuk Zainal Abidin Osman, kesilapan pengiraan undi yang diakui oleh DAP sebelum ini berkemungkinan adalah disengajakan.

“Mengapa saya kata mungkin disengajakan? Cuba kita lihat semula ketika Lim Guan Eng dan isterinya Betty Chew bertanding dalam jawatankusa DAP Melaka tidak lama dahulu. Mereka kalah teruk. Mereka ini langsung tidak dipercayai oleh ahli DAP negeri Melaka.

“Disebabkan tidak mampu memperbodoh dan mempengaruhi ahli DAP Melaka maka mereka lari ke Pulau Pinang. Setelah mereka berjaya menguasai DAP negeri ini, tampok pimpinan DAP tidak lagi pernah berubah. Ianya mula dikuasai oleh anak beranak Lim dan Karpal. DAP jadi parti kroni dan nepotisme.

“Jadi, boleh sahaja kita pertikaikan, bukan setakat pemilihan CEC kali ini, mungkin sejak dahulu lagi pemilihan pucuk pimpinan DAP tidak pernah telus dan jujur. Sesiapa sahaja yang tidak menyokong mereka akan disingkirkan. Bila kroni mereka tidak terpilih maka akan terjadilah salah kira undi semata-mata mahu mengangkat Zairil yang merupakan anak emas ‘tokong’.

“Satu lagi contoh, kita lihat apa yang terjadi kepada ADUN Pulau Tikus, Koay Teng Hai. Disebabkan tidak hadir ke persidangan Dun dan menyebabkan parti DAP dalam keadaan bahaya maka dia digantung. Ekoran itu, isteri Teng Hai menulis di status facebooknya hanya kerana suaminya lupa menyembah di satu ‘tokong’ dia digantung,” ujar Zainal Abidin kepada UMNO-Online.

Tambah Zainal, semakin hari semakin jelas menunjukkan DAP memang ternyata sebuah parti yang cakap tidak serupa bikin. Kerana itulah ahlinya sendiri kini mula mempersoalkan segala ketidak telusan mereka.

“Di Pulau Pinang sekarang, ahli DAP mula membuat tunjuk perasaan meminta pemilihan CEC dilakukan semula kerana mereka mempertikaikan kekalahan Timbalan Ketua Menteri II, Dr. P. Ramasamy. Tidak cukup lagi kah bukti menunjukkan DAP tidak pernah telus dan jujur.

“Ianya amat jauh daripada cogankata mereka iaitu Cekap, Akauntabiliti & Telus. Cogankata ini hanyalah hiasan semata-mata. Kalau memburukkan kerajaan pusat memang mereka handal. Nak jaga tepi kain orang, tapi tepi kain sendiri koyak rabak,” jelas Zainal lagi. - MediaUMNO
HOT : GUAN ENG KENA TENDANG.... HOT : GUAN ENG KENA TENDANG.... Reviewed by Empayar Pemuda on 3:10 PM Rating: 5

No comments:

Popular

Powered by Blogger.