Thursday, January 10, 2013


Wow...Hebatnya DAP....Selepas berjaya mendesak PAS dan PKR untuk membenarkan orang Kristian menggunakan kalimah ALLAH dalam Bible berbahasa Melayu kini ada khabar berita yang mengatakan DAP sedang mendesak Nik Aziz dan Hadi Awang untuk memecat mana-mana ahli termasuk pemimpin yang menentang pendirian terbaru Pakatan Rakyat ini....
Ikuti pendedahan yang dibuat oleh Suara Pakatan Rakyat mengenai isu ini...EP rasa berita ini sengaja disebarkan melalui portal-portal seperti ini sebagai WARNING kepada mana mana ahli atau pemimpin yang menentang mereka...AKUR DENGAN PENDIRIAN PR JIKA TIDAK MAHU DIPECAT..hebatkan....

Awal lagi penulis sudah sebutkan bahawa mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Rakyat untuk membincangkan soal penggunaan kalimah Allah di Gereja yang diadakan semalam, adalah satu tindakan yang hanya membuang masa, kerana seperti dijangka, keputusannya adalah keputusan yang sama seperti mana 2 tahun lepas.
Cuma yang sedikit membantu ialah ‘pencerahan’ dari PAS sendiri, lahir dari mulut Presidennya, Datuk Seri Abd Hadi Awang bahawa PAS bersama-sama dengan PKR dan DAP menyokong penggunaan kalimah Allah oleh pihak gereja ini, terutama sekali dalam kitab Bible berbahasa Melayu.
Penulis yakin, semasa artikel ini sedang ditulis, kitab yang penulis maksudkan itu sudah mula dicetak untuk digunakan bagi menarik orang Melayu mendalami dan memahami ajaran Kristian di negeri-negeri yang diperintah Pakatan Rakyat seperti Selangor, Kedah, Kelantan dan Pulau Pinang.
Tapi secara jujurnya penulis masih bimbang dengan bantahan dari ahli PAS peringkat bawahan dan segelintir pemimpin di atas, terutama yang menganggotai Majlis Syura Ulama, kerana dari apa yang penulis difahamkan, tidak semuanya setuju dengan keputusan semalam.
Oleh yang demikian, untuk mengelakkan sebarang percanggahan dan kekeliruan dimasa depan, Pakatan Rakyat telah mencadangkan kepada PAS agar memecat pemimpin dan ahli mereka yang membantah keputusan semalam.  Pakatan Rakyat tidak mahu kekeliruan sama seperti yang berlaku sepanjang 2 tahun lepas, berulang semula.
Sudah ditetapkan bahawa PAS menerima perkataan Allah digunakan oleh pihak Gereja pun 2 tahun lepas pun, masih ada lagi suara yang tidak bersetuju, kononnya mewakili parti tersebut.
Maka itu tindakan tegas telah diputuskan akan diambil ke atas pemimpin dah ahli PAS yang masih berdegil.
Penulis bersetuju dengan cadangan tersebut kerana pemimpin seperti Datuk Harun Din, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, Nasharudin Mat Isa dan Datuk Mustapha Ali adalah antara pemimpin utama PAS yang kita tahu mempunyai pendirian bercanggah dengan keputusan yang dibuat semalam.
Tuan Ibrahim umpamanya, adalah pemimpin PAS pertama yang menyanggah kenyataan oleh Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng yang mana dalam perutusan hari Krismasnya, menyeru kerajaan BN supaya membenarkan nama Allah digunakan di Gereja.
Walaupun hanya pemimpin berpangkat rendah (dilantik, bukan dipilih), tapi kedudukannya sebagai Ketua Penerangan PAS, telah menyebabkan kekeliruan dan ketakutan di kalangan masyarakat bukan Islam amnya dan penganut agama Kristian khasnya.
Selepas persetujuan yang diberikan Hadi semalam, penulis tidak pasti dengan pendirian rasmi semua pemimpin yang disebutkan namanya di atas.  Walau apa pun ia, penulis tidak peduli dan mahu tindakan keras diambil kalau ada di antara mereka yang masih membantah kalimah Allah ini dari digunakan di Gereja.
Pecat dan singkirkan mereka dari parti itu.  Biar mereka cari makan dengan kerja lain dan tidak menyusahkan Pakatan Rakyat apabila masing-masing memberikan kenyataan bercanggah dengan pendirian rasmi kita.
Harun Din sebagai contoh, semua orang tahu sudah jadi jutawan hanya dengan menjual air putih yang boleh mengubat penyakit, penulis tidak rasa tanpa jawatan Timbalan Mursyidul Am itu, Harun Din akan papa kedana. SPR

0 comments:

Post a Comment

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.