HOT : CONFIRM HADI TAK BERANI BUAT PERKARA INI...



Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang disaran turun ke akar umbi khususnya berdepan dengan mereka yang terpengaruh dengan amanat beliau dengan memberikan penjelasan sewajarnya.

Ahli Dewan Undangan negeri (ADUN) Jabi, YB Ramlan Ali berkata apa pun langkah terbaik bagi Presiden Pas itu adalah menarik balik amanat berkenaan tanpa ada sebarang syarat dan sebagainya.

Beliau yang merupakan individu yang turut terkena tempias kesan daripada pegangan terhadap Amanat Haji Hadi seterusnya menambah, tidak ada maknanya selagi Hadi tidak menarik balik amanat tersebut.

“Saya sendiri yang turut terkena tempiasnya cukup terasa sehingga ke hari ini. Sebab itu saya minta Hadi tarik balik amanatnya itu. Kesannya cukup besar dan sebab itulah saya ingin tegaskan sekali lagi beliau perlu tarik balik.

“Paling tidak pun beliau perlu turun ke akar umbi….Jumpa dengan mereka yang telah kembali ke pangkal jalan menyatakan apa yang sebetulnya dan bukan bertindak atas dasar kepentingan politik dan sebagainya,” katanya kepada UMNO-Online di sini.

Ramlan seterusnya menambah Presiden Pas itu dilihat kelemasan setelah amanatnya hari ini menimbulkan pelbagai polemik dalam masyarakat dan diperkatakan umum.

Atas dasar itulah kata beliau lagi Hadi dilihat cuba mencipta pelbagai drama baru dalam usaha menaglih tumpuan rakyat khususnya umat Islam terhadap isu berkenaan.

“Saya percaya akan banyak isu lain yang akan timbul untuk mengalih tumpuan terhadap perkara ini. Apa pun bagi saya, amanat berkenaan perlu ditarik balik. Itu sahaja,” katanya. -MediaUMNO
HOT : CONFIRM HADI TAK BERANI BUAT PERKARA INI... HOT : CONFIRM HADI TAK BERANI BUAT PERKARA INI... Reviewed by Empayar Pemuda on 5:23 PM Rating: 5

4 comments:

  1. Saya nak kasi ingat kpd DS Hj Hadi..'Hutang' Ds 'mengkafirkan kami semua termasuk kaum kerabat kami yang telah eninggal dunia masih belum 'dibayar'....sila minta ampun satu persatu pada kami..agaknya nilai aqidah orang Islam ni macam sardin cap ayam ker DS Hj Hadi??....tak guna berangan2 nak jadi Perdana Menteri jika nak mintak maaf dan bertaubat pd rakyat pun..tak mampu dan tak berani nak laksanakan...??bapa saya yg dah meninggal pun dah 'tanya'..bila rohnya nak di'bebas'kan dari terawang2 akibat 'dikafirkan' selama ini oleh DS??siapa mahu tanggong??DS Hj Hadi jgn nak main lepas tangan...ingat..!!DS Hj Hadi juga ada anak cucu cicit...mereka juga belum tentu jadi ahli Pas.

    ReplyDelete
  2. Saranan yang bodoh lagi dungu dari orang-orang yang jahil agama. Kenapa tak berani suruh TGHA masa satu jam untuk beliau mengulas mengenai apa yang dikatakannya 31 tahun lepas kat TV daripada membuang masa turun ke setiap pelosok negeri. Ataupun anjurkanlah debat mengenai tajuk tersebut secara langsung agar rakyat boleh menilai secara tepat isu ini. Cuba baca satu-persatu baris-baris ucapan beliau... apa yang tak kena dengan peringatan itu!! Agung sangatkah orang yang suka menghina sunah Rasulullah, Al-Quran dan Hadis?

    ReplyDelete
  3. Kenapalah nak tunggu dpt masuk tv baru nak jelaskan..sampai sekarang masih membisu...dalam hal ugama ni tak boleh nak tunggu2...bahaya dibiarkan kalau dah tahu kesan kecelaruan yg difahami ahli Pas hingga terjadi perpecahan. Tuan punya diri tahu apa yang terjadi selepas amanat diberikan tapi tetap tidak memperbetulkan..sehingga berlarutan. Tak perlu nak tunggu.. Banyak pentas banyak ruang..buat sidang akhbar...jelaskan dengan terperinci..

    ReplyDelete
  4. inilah padahnya POLITIK hendak dicamporkan[disatukan]dengan ugama[islam].kesudahannya rakyat islam negara ini yang berpecah belah.dinegara2 barat seperti ENGLAND'ITALY dan lain2nya mereka juga ada ugama rasmi negara mereka sendiri iaitu UGAMA KRISTIAN.ugama kristian juga ada hukumnya yang tersendiri sebagaimana hukum ISLAM.tetapi mereka TIDAK menjadikan hukum kristiannya sebagai undang2 PERLEMBAGAAN negara mereka.mereka tetap menjadikan undang2 SEKULAR sebagai undang2 perlembagaan negara mereka[mengasingkan hukum ugama dengan undang2 perlembagaan negara].bolih atau tidak jika kita menenjadikan hukum islam sebaga undang2 perlembagaan negara kita dan membuat perhubungan POLITIK negara mereka.kalau nak tahu sila tanya TUAN HAJI JADI'TUN M dan TS NAJIB.

    ReplyDelete

Popular

Powered by Blogger.