HOT : BN PULAU PINANG BELANJA HAMPIR RM500 RIBU UNTUK PROGRAM INI SAJA...



Barisan Nasional (BN) Pulau Pinang akan memberikan insentif wang tunai berjumlah RM475,200 kepada 2,376 pelajar cemerlang Penilaian Menengah Rendah (PMR) 2012 di seluruh negeri mulai Sabtu ini.

   
Pengerusi Program Insentif PMR Pulau Pinang, Koh Wan Leong berkata pemberian wang tunai itu sebagai insentif kepada pelajar mengekalkan pencapaian baik pada peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) kelak.
   
"Majlis penyampaian hadiah insentif akan diadakan pada 19 hingga 31 Jan di lokasi terpilih dan surat jemputan telah diedar kepada pelajar berkenaan," katanya kepada pemberita di sini hari ini
   
Beliau berkata daripada jumlah penerima itu, sebanyak 2,335 pelajar adalah mereka yang mendapat A dalam semua mata pelajaran yang diambil dan selebihnya adalah pelajar kelainan upaya (OKU) dan pelajar sekolah persendirian yang memperoleh 6A dan ke atas.
   

Koh yang juga Penyelaras Barisan Nasional (BN) Paya Terubong berkata setiap pelajar akan menerima cek RM200 dan sijil penghargaan daripada BN Pulau Pinang.



Koh berkata BN negeri merancang memperluaskan program insentif itu kepada pelajar cemerlang lepasan SPM dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) pada masa depan.
   
Beliau juga mengingatkan rakyat negeri ini agar tidak terkeliru dengan Skim Pelajar Emas anjuran kerajaan negeri pakatan pembangkang dan Skim Bantuan Persekolahan yang diberikan oleh kerajaan persekutuan.
   
Program kerajaan negeri itu hanya memberikan RM100 kepada pelajar darjah 1, darjah 4, tingkatan 1 dan tingkatan 4 sahaja manakala Skim Bantuan Persekolahan anjuran kerajaan pusat memberi RM100 setiap seorang kepada semua pelajar sekolah.
   
"Bila kerajaan pusat mula mengagihkan bantuan persekolahan itu Selasa lepas, kerajaan negeri pula umum akan salurkan wang RM100 itu dalam tempoh terdekat. Mereka cuba kelirukan dan mengalihkan perhatian rakyat, jadi kita minta jangan keliru kerana dua bantuan ini tidak sama," katanya. - Bernama
HOT : BN PULAU PINANG BELANJA HAMPIR RM500 RIBU UNTUK PROGRAM INI SAJA... HOT : BN PULAU PINANG BELANJA HAMPIR RM500 RIBU UNTUK PROGRAM INI SAJA... Reviewed by Empayar Pemuda on 7:34 PM Rating: 5

No comments:

Popular

Powered by Blogger.