Friday, January 18, 2013

HOT : BN LEMAH, GAGAL - TUN M



Barisan Nasional (BN) perlu memenangi majoriti dua pertiga pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) nanti sekiranya mahu kembali menjadi sebuah kerajaan yang berwibawa dan kuat.
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, kegagalan BN untuk membentuk kerajaan dengan majoriti selesa akan mendatangkan lebih banyak masalah terutama bagi menghadapi tekanan politik untuk membangunkan negara.
"Ini soal kuat dengan lemah, bila kita kuat orang tak berani cabar kita.
"Saya dulu, bila orang kasar sangat, kita 'bagilah' (bertindak). Dulu kita kuat, kita ada majoriti dua pertiga. Lebih penting orang tahu bahawa kelompok majoriti menyokong kita," katanya ketika program Bicara Minda bertajuk 'Masa Depan Melayu dan Islam Selepas PRU-13' di Kompleks Media Karangkraf di sini, Khamis.
Tegas Mahathir, BN akan terus dianggap sebagai kerajaan yang lemah jika gagal mengembalikan majoriti dua pertiga.
"Bila PRU nanti katalah merosot lagi...kalau pun menang, ia adalah empty victory(kemenangan tidak bermakna)," katanya.
Mengulas lanjut Dr Mahathir berkata, sebagai sebuah negara membangun, Malaysia memerlukan pemimpin dan kerajaan yang berani.
"Kalau nak perintah negara, saya berpendapat negara membangun seperti Malaysia perlu kepada kerajaan yang berwibawa dan kuat.
"Pemimpin kenalah berani sikit...kalau pemimpin pun penakut maka habislah," katanya lagi.
Tambah Mahathir, kerajaan yang lemah tanpa kemenangan majoriti dilihat lebih takut untuk berhadapan dengan rakyat terutama dalam sistem demokrasi.
"Bila kerajaan lemah memang takut terutama dalam demokrasi kerana kalau bertindak salah mungkin kita akan kalah lagi dan hilang kuasa terus.
"Sebab itu kalau kita lihat (sekarang), kita tak berani bertindak gunakan kekerasan bahkan kita hapuskan segala kuasa yang ada pada kita seperti ISA (Akta Keselamatan Dalam Negeri).
"Apa yang kita malu sangat dengan ISA ni? AS (Amerika Syarikat) bila kena serang oleh 'penganas' dia tangkap tanpa undang-undang...lebih teruk daripada kita," tegas Dr Mahathir.
Mengulas sama ada nasib orang Melayu dan agama Islam akan terus terpelihara sekiranya kaum bukan Melayu daripada pelbagai parti menang majoriti di Parlimen, Mahathir berkata ia tidak memberi jaminan kepada masa depan kaum Melayu.
Mengambil contoh pemilihan Jawatankuasa Eksekutif (CEC) DAP baru-baru ini, Dr Mahathir berkata, parti itu gagal membuktikan bahawa mereka merupakan parti pelbagai bangsa apabila tidak memberi peluang kepada orang Melayu menduduki jawatan di peringkat Pusat.
"DAP kata mereka parti berbilang kaum. Tapi bila pemilihan, mereka tak beri sedikit pertimbangan pun kepada kaum lain.
"Walaupun kenyataan mereka nampak bertimbang rasa (berbilang kaum), tapi hakikatnya bila mereka berkuasa, berkemungkinan ini (pinggirkan kaum lain) akan terjadi," katanya.

2 comments:

Anonymous said...

yg pencacai-pencacai UMNO & blogger kata BN & UMNO bertambah kuat, x betullah. terbukti lagi pencacai & blogger UMNO mmg spesis bangang. Tulis ikut sedap hati. Ptuiiih.....

Anonymous said...

Btl kate tun, umno mase zmn pak lah cukup lemah sebab tu pembangkang nmpk kuat sdgkan x kuat mane pun. Takat penuhkan stadium merdeka yg berkapasiti 30,000 boleh la, itu je yg mereka mampu..jgn kite gelakkan mereka..hahaha..nk gelak jgk..1juta..hahaha..u r looser..

Post a Comment

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.