Wednesday, January 16, 2013

HOT : ANWAR MALU BILA....


Keterbukaan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berterima kasih kepada pembangkang kerana menghormati Akta Perhimpunan Aman (APA 2012) bukti profesionalisme antara parti.

Penganalisis politik, Datuk Dr Agus Yusof berkata, kelancaran Perhimpunan Kebangkitan Rakyat (HKR) Sabtu lalu perlu dipuji dan pihak pembangkang juga harus berterima kasih kepada kerajaan.

“Keterbukaan kerajaan dalam menyediakan tempat untuk berhimpun satu kaedah yang baik dan Pakatan Rakyat (PR) juga harus berterima kasih kepada kerajaan.

“Ucapan terima kasih ini bukan satu perkara yang luar biasa kerana sepatutnya dilakukan oleh kedua-dua pihak apabila masing-masing menghormati antara satu sama lain. Sifat profesionalisme ini harus dikekalkan di masa hadapan,” katanya kepada Sinar Harian semalam.

Kelmarin, Perdana Menteri menyifatkan perhimpunan yang berlangsung Sabtu lalu secara aman menjadi testimoni kepada keberkesanan APA 2012.

“Terima kasih kepada pembangkang walaupun saya tidak bersetuju dengan mereka, kerana menghormati semangat akta itu,” katanya.

Perhimpunan yang diadakan di Stadium Merdeka mencatat sejarah apabila berlangsung dalam suasana aman tidak seperti perhimpunan anjuran pembangkang sebelum ini.

Menurut Agus, kerajaan mahupun pembangkang perlu menghormati prinsip demokrasi dan harus diselarikan dengan undang-undang sedia ada.

“Kerajaan perlu menghormati prinsip demokrasi yang diuar-uarkan itu dan pembangkang jangan menjangkau luar batasan.

“Saya percaya, rakyat juga gembira dengan sikap profesionalisme yang ditujukan kedua-dua parti,” katanya.

Beliau juga berpendapat, kerajaan di bawah pimpinan Barisan Nasional dan PR berada dalam keadaan yang seimbang.

“Apa yang berlaku sejak akhir-akhir ini memberi kelebihan kepada kedua-dua pimpinan, dan keputusan sebenar akan dizahirkan dalam bentuk undi pada pilihan raya akan datang,” katanya.

1 comments:

Anonymous said...

AnuWar sibuk untuk Misi Selamatkan Apom Shamsidar...

ZoRRo...

Post a Comment

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.