Monday, January 21, 2013



Anwar Ibrahim mengelak ketika diminta mengulas  kenyataan Pengerusi DAP Kebangsaan, Karpal Singh yang mahu Majlis Syura Pas mengkaji semula pendiriannya mengenai kalimah ALLAH.

Anwar tidak mahu menjawab soalan tersebut ketika ditanya pemberita sebaliknya mendakwa bimbang kenyataannya akan diputarbelitkan oleh media.

“You (kamu) mana punya? Ini media Umno... Umno ini dia pusing. Pasal lain saya jawab. Ini media Umno. Kita jawab apa pun, dia pusing,” katanya ketika ditemui selepas ceramah Jelajah Merdeka Rakyat di Damansara Damai di sini malam tadi.

Beliau berkata demikian ketika diminta pemberita untuk mengelas mengenai kenyataan Karpal yang akan memujuk Abdul Hadi supaya mengkaji semula pendirian Majlis Syura Ulama Pas yang memutuskan kalimah ALLAH tidak boleh digunakan oleh orang bukan Islam termasuk Bible versi Bahasa Melayu.

Karpal berharap Abdul Hadi akan menentukan semula pendirian Pas agar tidak bercanggah dengan keputusan dicapai Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat (PR) pada 8 Januari lalu.

Ahad lalu Majlis Syura Ulama yang dianggotai 15 orang memutuskan kalimah ALLAH tidak boleh digunakan dalam Bible versi Bahasa Melayu selepas isu berkenaan dibantah pelbagai pihak.

Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menegaskan, semua pihak termasuk pemimpin PR harus menerima keputusan Majlis Syura.

Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali pula menyatakan pihaknya berpegang kepada pendirian Abdul Hadi pada mesyurat Majlis Pimpinan PR itu.

Abdul Hadi ketika itu mengatakan Pas berpendirian bahawa kalimah ALLAH boleh digunakan oleh bukan Islam dengan syarat tidak disalah guna.

Isu penggunaan kalimah ALLAH timbul selepas Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dalam perutusan sambutan Krismas lalu meminta kerajaan membenarkan kalimah ALLAH digunakan dalam Bible Bahasa Melayu.

0 comments:

Post a Comment

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.