Sunday, January 13, 2013



**Kenyataan yang paling gila pernah EP baca...700 ribu orang hadir dalam perhimpunan semalam... hahahahaha..kelakar gilaaaaa...

EP rasa budak sekolah rendah pun tau kira berapa ramai yang hadir dalam perhimpunan semalam...700 ribu..hahahaha...ambiklah...

KUALA LUMPUR 13 JANUARI: Pakar matematik, Prof Dr Shahrir Md Zain menganggar lebih 700,000 orang menyertai Himpunan Kebangkitan Rakyat di Stadium Merdeka, semalam.

Memetik Penang Insight, bekas profesor Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) itu dilapor membuat anggaran itu di laman facebook beliau.
“Kalau berjalan 20 orang melebar sepanjang satu kilometer (km), jumlahnya 100,000.
“Andaiannya ialah 10,000 kaki sama dengan satu kilometer, seseorang memerlukan dua kaki persegi untuk bergerak dengan selesa.
“Jadi, lebar jalan 40 kaki dan 5,000 orang boleh memanjang jalan. Lalu, 5,000 (orang) darab 20 (orang) ialah 100,000 (orang per kilometer).
“Pertanyaan saya, berapa kilometerkah seluruh orang yang datang HKR. Jawapannya ialah 700,000,” katanya dengan mengambil kira pandangan dari atas pada lingkungan tujuh kilometer.
Nyata, ia bertentangan dengan kenyataan Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Zainuddin Ahmad dalam Buletin Utama TV3 yang hanya menganggar 40,000 orang sahaja menyertai HKR.
Sedangkan twitter rasmi PDRM pula menyebut 80,000 orang menyertai HKR tetapi kemudian membuat pembetulan.

5 comments:

Anonymous said...

... Kenal dia ni secara peribadi. Pernah makan nasik dan tidur baring kat rumah dia pun. Jasa baik dia memberi makan nasik pada student yang kelaparan seperti saya sangat-sangat saya kenang. Zaman itu zaman student belajar sungguh-sungguh dan tak kurang hajar.

Tetapi Prof kira-kira atas kertas dan atas jalan tak sama Prof..... Minta ampun minta maaf Minta halal nasik Prof saya terpaksa sanggah Prof. kali ini.

Anonymous said...

Yg penting dlm msia ada 38juta rakyat . TolaK bawah umur 10 juta tolaK tak daftar 10juta. Tinggal 18juta. 1juta PR ada17 juta BN tolak 7juta tak undi tinggal 10 juta. Tolak 700 ribu pergi sokong himpun kl2, tinggal 9.3juta maSIH bersama bn. Tolah 300ribu student yg layak undi tapi terpengaruh dgn keldai AA. So balance 9 juta pergi undi BN. MAJORITY IS FINAL WALAU LEBIH SATU UNDI . Itulah kira kira atau ilmu hisab aku tentang PRU13.

Anonymous said...

Tak kiralah berapa ramai yang berhimpun.. yang nak ditanya.....berapa ramai yang layak mengundi....samada yang dah cukup umur arau yang dah mendaftar sebagai pengundi.

Anonymous said...

dasyat prof.. org g shopping pun amek kira..

Anonymous said...

bhai...bukan kenyataan gila TAPI ko yang gila bro..mungkin penulis blog ni sekolah tak habis kot,hahaha.....tu la,mak bapak suruh ko sekolah,tapi ko ponteng.sebab tu hanya pandai jadi pencacai jer...kah..kah..kah...nak menulis kena la bagi fakta yang betul,jgn nak sedapkan hati parti ko tu jer...kah..kah..kah...tak larat aku gelak..yg pasti part ni lawakk,mmg lawak...kah...kah...

Post a Comment

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.