Monday, January 28, 2013


Nampaknya ramai puak-puak PAS dan pakatan haram sudah meroyan dan cuba untuk menjawab  kenyataan yang dikeluarkan oleh Nasharudin Mat Isa...Ye la...kena la jawab balik supaya nama PAS dan Majlis Syura bersih...betul tak??..

Ada yang menghentam dan ada juga yang timbulkan persoalan...menarik tu...

Ada blog yang cuba untuk mempertahankan keputusan PAS dan Majlis Syura memecat Nasharudin Mat Isa dengan mengaitkan pemergianya ke Palestin bersama Perdana Menteri DS Najib sebagai satu tindakan yang menafikan hak Presiden kerana tidak memaklumkan kepada Jemaah dan selalu memberi kelebihan kepada musuh PAS...

Fuyoo...nak melawat dan menolong sedara Islam di Palestin punnak kena dapat restu Presiden ke??

Antara soalan cepu emas yang dipersolakan oleh blogger ini ialah....
Adakah dengan melawat Palestin itu dikira sebagai seorang pejuang tulen. Di manakah kamu sewaktu umat Islam diserang?.

Tak perlulah EP komen panjang-panjang...Kalau tengok dari soalan yang dibangkitkan itu sudah cukup untuk melihat tahap pemikiran blogger ini...Cuma EP nak tanya....Adakah Nik Aziz mahupun Hadi Awang tu boleh dianggap sebagai seorang yang tulen...Nik Aziz atau Hadi ada di Palestin semasa umat Islam diserang?? Jadi tak perlulah nak persoalkan siapa pejuang tulen atau tidak...

Tetapi apa yang lebih menarik ialah apabila blogger amenoworld membangkitkan keraguan dalam pemecatan Ustaz Nasha oleh Majlis Syura PAS....

Ia menjadi persoalan orang ramai bahkan aku juga terfikirkan hal yang sama. Pecat 13 jan tapi umum 26 jan 2013? Seriously, ini fishy. Bahkan aku beranggapan seperti ini, walaupun MSP memutuskan untuk memecatkan Ustaz Nasha pada hari itu, itu bergantung kepada tindak tanduk Ustaz Nasha.

Agak2 dia buat hal maka keputusan pemecatan itu akan di umumkan serta merta. Boleh jadi PAS pada hari itu telah pun tahu bahawa Ustaz Nasha akan ke Gaza bersama2 Najib. Mungkin berlaku rundingan, mungkin sebaliknya, atau apa saja tetapi yang aku tahu keputusan pemecatan itu baru di umumkan sekarang. Bukan pada 13 jan hari tue.

Bahkan cara pemecatan itu pun tak rasional. Siyes. Ko nak pecat seseorang dari satu2 jawatan, panggil dan serahkan surat kepada dia. Face to face. Tak kira la betapa tak rasional sekalipun sikap Ustaz Nasha, PAS sepatutnya bersikap rasional dan profesional. Biarlah Ustaz Nasha dengan haluan dia. Dah tak boleh dah nak buat apa. Tetapi untuk buang dia pun kena ikut protokol.

Macam bos nak pecat kita. Tak pelik ka dia pergi declare kat public tanpa maklumkan hal tersebut kat dia?
Banyak rahsia dan persoalan yang masih belum terjawab mengenai keputusan memecat Ustaz Nasha. Bukan saja EP nak tahu tapi EP yakin ramai ahli-ahli PAS di luar sana yang masih ternanti-nanti jawapan sebenar mengapa Ustaz Nasha dipecat dalam keadaan terkejut dan mencurigakan...

Sama-sama kita tunggu apa penjelasan  Majlis Syura PAS mengenai persoalan yang ditimbulkan oleh blogger yang menyokong perjuangan mereka sendiri...

**Wartawan dah tanya Nik Aziz..lain yang ditanya dan lain yang dijawabnya....Jawapan Nik Aziz ialah...suami isteri pun bercerai, Umat Islam pun boleh murtad, Pekerja pun boleh ke pecat dengan majikannya..tapi soalan asal kenapa dipecat Nik Aziz tak jawab....Nyanyuk agaknya...

Andaian EP :

                   A. Didesak hebat oleh DAP
                   B. Didesak oleh kumpulan Anwarinas dalam PAS
                   C. Kedua-dua jawapan diatas......


Terima kasih semua rakan rakan saya.Saya menerima ratusan sms, email dan panggilan talipon. Sehingga disaat saya hantar sms ini saya masih belum menerima sebarang surat menyatakan perlucutan jawatan tersebut. 
Walau apa pun, perjuangan untuk mendaulatkan Islam mesti diteruskan, berjawatan atau tidak. Jawatan tersebut adalah lantikan Parti, bukan pilihan saya, jika Parti ambil kembali jawatan itu, itu adalah hak Parti. 
Cuma setakat ini saya hanya tahu tentang pemecatan tersebut melalui media dan tidak melalui saluran rasmi Parti. Berorganisasi hanyalah wadah tetapi berpegang pada prinsip adalah satu tuntutan. Saya akan terus berikan sumbangan terbaik kepada mana mana pihak yang ingin mendaulatkan Islam.
Nasharudin Mat Isa

7 comments:

Anonymous said...

Pas asyik salahkan orang.Tidak ada satu pun jihad yg dibuat nya. Cakap saja.Nik ajis,adi,mat sabu dan kuncu2nya ada berani lubnon,tebing barat,bosnia,selatan siam buat jihad dan dakwah kat sana.Hanya berani kat orang melayu je.Kata mereka partai islam nak berjuang kerana islam. Islam bukan dimalaysia saja tp seluruh dunia.Mereka berjuang tambah bini adalah.Sebagai orang melayu islam amat mendukacita yg tidak terhingga kpd mereka2 ini.

Anonymous said...

kata2 ustad nasha " Saya akan terus berikan sumbangan terbaik kepada mana mana pihak yang ingin mendaulatkan Islam " cuba fikirkan maksud ustaz nasha pada perkataan " mana2 pihak " .....

Anonymous said...

selagi UMNO/BN berkuasa islam akan terus teguh berdiri di bumi malaya ini... inilah rasanya makna perkataan " mana2 pihak " itu ....

Anonymous said...

Saya rasa..mana pihak yg dimaksudkan oleh ustaz Nasha, ialah mana- mana pihak / sesiapa sahaja kecuali PAS, kerana PAS BUKAN ISLAM DAN ISLAM BUKAN PAS.
PAS adalah sebuah parti politik dalam sistem sekular seperti DAP, PKR dan lain lain, yang juga mempromosi AGAMA SUKU POLITIK SUKU.

Anonymous said...

majlis syura pas nampak gaya kena keluarkan tunjuk sebab kenapa Pok NIk tak boleh dipecat sebab melanggar peraturan ...aap tujuan dia pergi jumpa karpal makan kek ...tanpa persetujuan parti...jika nasha...kena buang sebab langgar pertauran parti...pergi gaza dng najib pun tak boleh...demi islam....org tua bodoh ni ...makan kek ..belum tentu haram halal ...dia tahu ke tujuan ...dap ni ...?

Anonymous said...

Undi PAS ibarat satu undi untuk membenarkan DAP kafir laknat yang mahukan kalimah ALLAH di gunakan didalam bible versi bahasa Melayu. ALLAHHUAKBAR!!!

Anonymous said...

Undi PAS hukumnya HARAM!

Post a Comment

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.