Friday, January 18, 2013



‘Saya sokong salah satu tuntutan Himpunan Kebangkitan Rakyat (KL112) untuk bebaskan Felda, terutamanya daripada fitnah pembangkang,” kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan.


Katanya, Felda sering menerima fitnah daripada pembangkang dan pihak berkenaan perlu bebaskan Felda seiring tuntutan mereka.



“Terdapat tiga fitnah besar pembangkang terhadap Felda antaranya tuduhan agensi ini sudah bankrap dan dakwaan 12 peratus pegangan saham Felda Global Venture (FGV) dimiliki pihak Genting.



“Selain itu, mereka juga mendakwa Felda menjual minyak kepada syarikat Israel sedangkan kita tidak pernah jual setitik minyak pun kepada Israel, tetapi ada menghantar minyak kepada Palestin.



“Sebab itu, saya sokong tuntutan himpunan untuk bebaskan Felda iaitu selamatkan Felda daripada fitnah mereka (pembangkang),” katanya selepas menyempurnakan Majlis
Perasmian Dewan Semai Bakti di Kampung Felda Bukit Batu, semalam.



Sementara itu, mengulas perkembangan saman fitnah terhadap Presiden Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak), Mazlan Aliman dan enam lagi individu lain, Ahmad memberitahu, Felda menunggu tarikh dari mahkamah.



“Mereka diberi tempoh 14 hari untuk meminta maaf, namun tiada respons diberikan, jadi kita terpaksa saman," katanya.


2 comments:

Anonymous said...

Tu le,dah bagi peluang perentah KELANTAN 20th+,xde pun buat rancangan tanah sebaik FELDA yang diusahakan oleh Perikatan dan BN,APOO POKKKKONIK Pikir selama tu,kalau dh buat yang lebehbaik boleh le kondem FELDA!korang ada akaiiii ke tidak!

Anonymous said...

hidup pecacai umno.... idup

Post a Comment

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.